Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Singapura pantau rapi situasi virus Nipah, tiada kes dikesan setakat ini
  • GLOBAL

Singapura pantau rapi situasi virus Nipah, tiada kes dikesan setakat ini

Utusan Sarawak 7 hours ago
PEMBANTU makmal lapangan menangkap kelawar di jaring mereka ketika mereka mengumpul spesimen untuk penyelidikan virus Nipah mereka di kawasan Shuvarampur di Faridpur, Bangladesh. Foto fail AGENSI

SINGAPURA: Tiada kes jangkitan virus Nipah yang dikaitkan dengan kes di Bengal Barat dan Bangladesh dilaporkan di Singapura setakat ini, menurut Agensi Penyakit Berjangkit (CDA).

Dalam satu kenyataan, agensi itu memaklumkan bahawa ia menyedari satu kes jangkitan virus Nipah yang dilaporkan di Daerah Naogaon, Bahagian Rajshahi di barat laut Bangladesh dan sedang memantau rapi situasi berkenaan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kes di Bangladesh melibatkan seorang dewasa yang mempunyai sejarah meminum nira kurma mentah, yang diketahui sebagai faktor risiko jangkitan virus Nipah.

“Setakat ini tiada bukti bahawa kes di Bangladesh itu berkaitan dengan kes di Bengal Barat, India atau berlaku penularan daripada manusia ke manusia di Bangladesh,” kata CDA.

CDA menekankan bahawa ia telah melaksanakan langkah-langkah kesihatan awam secara progresif bagi mencegah jangkitan virus Nipah di Singapura sejak 28 Januari 2026.

Langkah-langkah itu termasuk menghebahkan nasihat kesihatan di pintu masuk Singapura, serta saringan suhu di lapangan terbang dan pelabuhan laut bagi penerbangan serta kapal yang tiba dari kawasan terjejas di India.

Selain itu, pengisytiharan kesihatan semasa ketibaan telah diselaraskan bagi merangkumi jangkitan virus Nipah, manakala Kementerian Tenaga Kerja (MOM) meningkatkan pemantauan terhadap pekerja migran yang baru tiba dari Asia Selatan.

“CDA akan terus memantau rapi situasi virus Nipah di peringkat global dan akan menyelaraskan langkah kesihatan sedia ada jika perlu,” tambahnya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Next: Filipina: Ribut tropika Basyang ragut tiga nyawa, hampir 111,000 keluarga terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.