Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
  • GLOBAL

Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika

Utusan Sarawak 7 hours ago
PEKERJA kuarantin mengawal akses ke sebuah ladang di Gangneung, kira-kira 170 kilometer di timur Seoul, tempat kes pertama demam babi Afrika di negara itu dalam masa kira-kira dua bulan disahkan, 17 Januari lepas. Foto fail AGENSI

SEOUL: Korea Selatan pada Sabtu mengesahkan kes kelapan Demam Babi Afrika (ASF) tahun ini, sekali gus mendorong pihak berkuasa meningkatkan langkah pembendungan di seluruh negara, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kes terbaharu itu dikesan di sebuah ladang babi di Pocheon, utara Seoul, yang menternak kira-kira 8,800 ekor babi, menurut Ibu Pejabat Pusat Pengurusan Bencana dan Keselamatan.

Kerajaan sedang mengambil langkah perlu untuk mencegah penularan virus itu dan merancang melupuskan babi yang dijangkiti. Bagaimanapun, pusat berkenaan tidak merancang mengeluarkan perintah henti operasi untuk semua ladang babi dan kemudahan berkaitan di dalam serta sekitar ladang itu kerana kawasan berkenaan telah pun berada di bawah kawalan kuarantin intensif.

Korea Selatan mengesahkan kes ASF pertamanya tahun ini pada awal bulan ini di bandar timur Gangneung selepas tempoh dua bulan tanpa kes, diikuti dua kes tambahan minggu lalu di Anseong dan Pocheon, kedua-duanya di Wilayah Gyeonggi.

ASF tidak menjangkiti manusia dan setakat ini tiada vaksin atau penawar untuk penyakit itu. – Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: Angkasawan NASA dibenarkan bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
Next: Singapura pantau rapi situasi virus Nipah, tiada kes dikesan setakat ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.