Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • IPD Bau tingkatkan kesedaran jenayah komersil kepada kakitangan JKR Bau
  • TEMPATAN

IPD Bau tingkatkan kesedaran jenayah komersil kepada kakitangan JKR Bau

Utusan Sarawak 5 hours ago
IPD Bau telah mengadakan ceramah pencegahan jenayah komersil kepada kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bau, di JKR Bau, hari ini. Foto IPD Bau

BAU: Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau telah mengadakan ceramah pencegahan jenayah komersil kepada kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bau sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran terhadap jenayah kewangan dan siber.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A. Rahman, berkata program anjuran Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Bau itu telah diadakan di JKR Bau dari 10.00 pagi hingga 11.30 pagi tadi, dengan penyertaan seramai 12 orang kakitangan.

Menurut beliau, objektif utama penganjuran program berkenaan adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran kepada kakitangan JKR Daerah Bau mengenai jenayah komersil yang kerap berlaku di daerah ini.

“Ceramah ini turut menyentuh trend terkini jenayah komersil, termasuk kes penipuan e-dagang, penipuan melalui panggilan telefon, pinjaman tidak wujud, penyalahgunaan akaun keldai, penipuan cinta (love scam), serta penipuan bersemuka yang melibatkan pembayaran kod QR,” katanya.

IPD Bau telah mengadakan ceramah pencegahan jenayah komersil kepada kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bau, di JKR Bau, hari ini. Foto IPD Bau

Beliau berkata para peserta turut diberikan panduan praktikal serta langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah komersil, selain edaran risalah berkaitan.

Tambah beliau, program tersebut turut memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, antaranya talian Pusat Tindak Balas Scam Kebangsaan (NSRC) 997, aplikasi Whoscall, serta portal Semak Mule.

“Program ini bertujuan mewujudkan komuniti yang celik digital dan lebih peka terhadap risiko jenayah siber dan komersil,” katanya.

Mengulas lanjut, Supt Mohd Haide berkata kempen pencegahan secara meet and greet itu berjalan lancar dan menerima sambutan positif daripada warga JKR Daerah Bau berdasarkan maklum balas serta penglibatan aktif peserta sepanjang sesi berlangsung.

Beliau turut memaklumkan bahawa laporan bergambar program berkenaan telah disediakan untuk rujukan.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 2,000 anak ikan Tengadak dilepaskan di Sungai Paku
Next: RISDA perkukuh sokongan pekebun kecil di Long Sukang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.