Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Saratok putuskan bekalan elektrik premis judi dalam Op Dadu
  • JENAYAH

Polis Saratok putuskan bekalan elektrik premis judi dalam Op Dadu

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMOTONGAN sumber kuasa elektrik ke atas premis di Jalan Wawasan, Pekan Saratok, dalam satu operasi khas dikenali sebagai Op Dadu yang dijalankan semalam. Foto IPD Saratok

SARATOK: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti perjudian haram apabila melakukan pemotongan sumber kuasa elektrik ke atas sebuah premis di Jalan Wawasan, Pekan Saratok, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tindakan itu dilaksanakan dalam satu operasi khas dikenali sebagai Op Dadu.

Menurut beliau, operasi berkenaan melibatkan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian secara tidak sah di kawasan berkenaan.

“Dalam operasi tersebut, BSJD IPD Saratok yang diketuai oleh Inspektor Hendry Muji selaku pegawai pengadu telah bekerjasama dengan pihak penguat kuasa SESCO Cawangan Saratok bagi melaksanakan pemotongan bekalan elektrik di premis terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

PEMOTONGAN sumber kuasa elektrik ke atas sebuah premis di Jalan Wawasan, Pekan Saratok, dalam satu operasi khas dikenali sebagai Op Dadu yang dijalankan semalam. Foto IPD Saratok

Beliau menjelaskan, tindakan pemotongan sumber kuasa elektrik itu merupakan langkah pencegahan jenayah bagi menyekat dan menghentikan aktiviti perjudian daripada terus beroperasi di Daerah Saratok.

Katanya lagi, tindakan tersebut diambil di bawah peruntukan Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membenarkan pihak berkuasa mengambil langkah pentadbiran terhadap premis yang terlibat dengan kegiatan perjudian haram.

“Sebanyak satu premis terlibat dalam operasi ini dan laporan telah dibuat bagi tujuan makluman serta rekod pihak polis,” ujarnya.

Dalam pada itu, DSP Mathew menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti perjudian haram dan akan terus mempergiatkan operasi serta pemantauan dari semasa ke semasa.

Beliau turut menggesa orang awam supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti perjudian atau kegiatan menyalahi undang-undang di kawasan masing-masing bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat terus terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Sapu Gempur Rumah Pekerja Ladang: 38 warga asing ditahan di Lingga
Next: Polis kesan pemandu potong garisan berkembar di Jalan Lubok Antu-Sri Aman, saman dikeluarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.