Raikan Tahun Baharu Cina

Facebook
WhatsApp
KUNJUNGAN… Setiausaha DAPSY Kuching, Lesley Chong menyerahkan limau mandarin kepada Pengurus Besar Utusan Sarawak, Ivy Ngo, bersama Eksekutif Sumber Manusia dan Pentadbiran, Najimah Abd Khalek.

KUCHING: Setiausaha DAPSY Kuching, Lesley Chong, telah mengadakan kunjungan muhibah dengan menyerahkan limau mandarin kepada pihak Utusan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina, sebagai simbol perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Pengurus Besar Utusan Sarawak, Ivy Ngo, bersama Eksekutif Sumber Manusia dan Pentadbiran, Najimah Abd Khalek.

Lawatan muhibah ini mencerminkan semangat silaturahim serta hubungan baik dalam memupuk nilai perpaduan serta saling menghormati, khususnya sempena perayaan utama masyarakat Cina.