Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wilfred Yap saksikan projek naik taraf saliran RTP siap di Jalan Kuching Ranger Depot
  • TEMPATAN

Wilfred Yap saksikan projek naik taraf saliran RTP siap di Jalan Kuching Ranger Depot

Utusan Sarawak 4 hours ago
WILFRED Yap bersama pemimpin masyarakat menyaksikan siap sepenuhnya projek RTP berkenaan.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap hari ini mengadakan lawatan ke Jalan Kuching Ranger Depot, di hadapan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Wisma Lestari bagi menyaksikan siap sepenuhnya projek naik taraf saliran di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan peruntukan berjumlah RM250,000.

Projek ini dilaksanakan bagi menangani masalah saliran dan banjir kilat yang telah lama berlaku di kawasan berkenaan, yang sebelum ini menjejaskan pengguna jalan raya, premis berhampiran serta komuniti sekitar terutama ketika hujan lebat.

Semasa lawatan tapak, Yap merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor yang dilantik serta semua pihak terlibat kerana memastikan projek tersebut disiapkan mengikut skop dan keperluan teknikal yang telah diluluskan.

Beliau berkata projek naik taraf saliran ini merupakan satu intervensi yang praktikal dan perlu bagi memperbaiki aliran air, mengurangkan risiko banjir serta meningkatkan keselamatan dan keselesaan orang awam.

“Projek ini mencerminkan komitmen kami untuk menangani isu sebenar yang dihadapi rakyat melalui penambahbaikan infrastruktur yang berfokus dan berkesan,” katanya.

Yap turut menegaskan bahawa projek infrastruktur di bawah RTP ditentukan berdasarkan maklum balas di peringkat akar umbi dan keperluan setempat, khususnya projek yang memberi kesan langsung kepada kehidupan harian dan keselamatan awam. 

Beliau mengulangi komitmennya untuk terus bekerjasama rapat dengan agensi pelaksana bagi memastikan semua projek RTP di Kota Sentosa dilaksanakan dengan cekap serta memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ops pemandu warga asing (PEWA) dan gempur kenderaan perdagangan JPJ Kuching
Next: Michael Kong menunjukkan longkang yang ditumbuhi semak samun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.