Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika Penha
  • SEMASA

MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika Penha

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika Penha yang bergerak ke arah barat pada kelajuan 25 kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 1,065km ke Timur Laut Kinabatangan, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan ribut itu mencatat kelajuan angin maksimum 65km/j namun setakat ini tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia.

Menurut jabatan itu, kedudukan semasa ribut tropika berkenaan pada 5.00 petang tadi adalah di latitud 8.6 utara dan longitud 127.4 timur, kira-kira 250km ke Timur Laut Davao, Filipina.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak gesa pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, bincang isu industri lori
Next: Kerajaan patuhi semua prosedur rundingan jajaran sempadan Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.