KUCHING: Seramai 564 Ketua Isi Rumah (KIR) dari Seberang Hilir akan menjadi kumpulan pertama berpindah ke kediaman projek Darul Hana bermula penghujung Disember ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkat,a KIR yang terlibat adalah penduduk dari 13 kampung iaitu Seberang Hilir oaitu Jampung Panglima Seman Lama, Kampung Semarang dan Kampung Pulo Ulu.
Menurutnya, mereka akan berpindah termasuk di kawasan perumahan Blok 1A dan Blok 2A iaitu sebanyak 564 unit rumah pelbagai bentuk.
“Mereka akan pindah ke rumah bergantung kepada nilai hartanah kediaman bagi setiap isi rumah dan tidak perlu membayar sebarang bayaran,
“Malahan Kerajaan Sarawak juga akan memberikan subsidi untuk menanggung kos penduduk yang akan berpindah,” katanya.
Dr. Abdul Rahman yang juga Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Blok A1 dan Blok A2 perumhaan Darul Hana semalam.
Bagi tempoh perpindahan pula, Dr. Abdul Rahman mendedahkan KIR yang terlibat diberi tempoh masa tiga hingga enam bulan.
“Perpindahan kumpulan pertama ini akan dilaksanakan secara cabutan undi oleh penduduk yang terlibat bersama pihak Jabatan Tanah dan Survei dan agensi lain,” jelasnya.
Selain dilengkapi kemudahan asas seperti jalan raya yang besar dan sistem perparitan yang terancang, Dr. Abdul Rahman memberitahu perumahan projek Darul Hana itu akan dilengkapi sistem meter pintar (smart metering).
“Sistem meter pintar ini akan membolehkan penduduk mengawal utiliti iaitu bekalan elektrik dan air hanya melalui aplikasi di telefon pintar masing-masing,” ujarnya kawasan perumahan itu bakal menjadi Taman Perumahan Pintar yang pertama di Sarawak dilengkapi dengan kemudahan internet berkelajuan tinggi 5G.
Dr. Abdul Rahman mendedahkan, perumahan Darul Hana itu juga akan menjadi yang pertama melaksanakan sistem ‘Single Billing’ iaitu sebuah rumah hanya akan menerima satu bil untuk semua utiliti merangkumi elektrik, air, Internet dan juga gas.
Bagi memudahkan pergerakan penduduk di dalam projek pembangunan ini, beliau mendedahkan dua jalan ‘under-pass’ akan dibina bagi menyeberangi jalan raya yang memisahkan kawasan projek Blok 1A dan Blok 2A nanti.
Dalam pada itu, beliau mengakui rata-rata penduduk kampung teruja untuk berpindah ke kawasan perumahan berkenaan selepas melihat kualiti rumah dan kemudahan lengkap yang disediakan.
“Sebanyak 95 peratus penduduk kampung sudah bersetuju manakala 5 peratus lagi belum mak saya sendiri akan turun padang untuk berjumpa memberi penerangan kepada mereka,” jelasnya projek perumahan baharu Darul Hana itu melibatkan 13 kampung di Seberang Hilir dari Kampung Boyan hingga Bintawa Batu dengan bilangan ketua isi rumah seramai 2,640 orang.
Dengan pembangunan projek Darul Hana ini, Dr Abdul Rahman menzahirkan penghargaan kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana prihatin dengan pembangunan Darul Hana.
“Pembangunan ini dilancarkan pada 2011 dan Ketua Menteri terlibat secara langsung untuk memastikan setiap aspek dilaksanakan secara teliti bagi memberi kehidupan terbaik kepada masyarakat,” jelasnya.
Oleh Diyana Samsuddin