Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Dua pesawat bergesel di lapangan terbang Mumbai
  • GLOBAL

Dua pesawat bergesel di lapangan terbang Mumbai

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

NEW DELHI: Dua pesawat dilaporkan bergesel di Lapangan Terbang Mumbai, India pada Selasa, namun semua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Insiden itu berlaku ketika pesawat Air India penerbangan AI2732 sedang bergerak di landasan untuk berlepas, manakala sebuah pesawat IndiGo sedang bergerak selepas mendarat, menurut Direktorat Am Penerbangan Awam India dalam satu kenyataan.

“Semasa bergerak di landasan, hujung sayap kanan kedua-dua pesawat telah bersentuhan antara satu sama lain,” menurut kenyataan itu.

Media tempatan melaporkan insiden berkenaan berlaku kira-kira 7.30 malam dan semua penumpang turun dari pesawat dengan selamat.

Pesawat Air India itu dalam penerbangan ke Coimbatore, manakala pesawat IndiGo penerbangan 6E791 baru tiba dari Hyderabad.

Kedua-dua pesawat jenis Airbus A320 kini sedang menjalani pemeriksaan. – Bernama 

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Anak Muammar Gaddafi, Saif al-Islam maut dibunuh di bandar Zintan, Libya – Peguam
Next: 15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.