Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM270,000 peruntukan UNIFOR untuk Gereja Life Baptist
  • Tengah
  • WILAYAH

RM270,000 peruntukan UNIFOR untuk Gereja Life Baptist

Utusan Sarawak 8 hours ago
PASTOR Jackson Suntai selaku wakil penerima bagi Gereja Life Baptist menerima peruntukan UNIFOR yang diserahkan oleh Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

SARIKEI: Kerajaan Sarawak terus memperlihatkan komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan rumah ibadat apabila Gereja Life Baptist menerima jumlah keseluruhan peruntukan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sebanyak RM270,000 sejak 2018, 2022 dan 2026.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata penyaluran geran tersebut mencerminkan keprihatinan kerajaan Sarawak dalam memastikan keperluan rumah ibadat agama-agama lain terus diberi perhatian secara adil dan saksama.

“Gereja Life Baptist masing-masing menerima RM100,000 melalui UNIFOR pada 2018, RM100,000 pada 2022 dan RM70,000 bagi 2026.

“Kerajaan Sarawak sentiasa komited membantu institusi keagamaan agar kemudahan yang disediakan selamat, selesa dan sesuai digunakan oleh penganut, selain berperanan sebagai pusat aktiviti komuniti,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan peruntukan UNIFOR di Pusat Khidmat Repok, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, atas sokongan berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkasa UNIFOR sebagai mekanisme yang adil, telus dan inklusif dalam menyalurkan bantuan kepada agama-agama lain di negeri ini.

Dalam majlis ringkas tersebut, Pastor Jackson Suntai hadir selaku wakil penerima bagi Gereja Life Baptist dan menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak dan Tiong Sii wakil atas sokongan berterusan terhadap pembangunan gereja.

Tiong Sii berkata, selain peruntukan UNIFOR, Gereja Life Baptist turut menerima sokongan melalui program Transformasi Luar Bandar (RTP) secara berperingkat sejak beberapa tahun lalu bagi kerja-kerja penambahbaikan kemudahan asas.

“Peruntukan RTP yang disalurkan melibatkan RM100,000 pada 2019, diikuti RM50,000 masing-masing pada 2021, 2022, 2023, 2024 dan 2025 dan RM100,000 bagi 2026.

“Kesemua RTP ini bertujuan memastikan kemudahan gereja sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau juga menyatakan komitmen berterusan untuk sentiasa membantu rakyat di kawasan Parlimen Sarikei dan DUN Repok.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Datuk Majang tinjau projek PPRMS di Samalaju, pastikan kebajikan rakyat terjaga
Next: Sasar pendapatan RM15,000 seisi keluarga di Bukit Saban menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.