Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PBB Lingga tegaskan komitmen perkukuh perancangan strategik 2026
  • WILAYAH

PBB Lingga tegaskan komitmen perkukuh perancangan strategik 2026

Utusan Sarawak 20 hours ago
KETUA Cawangan PBB Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor semasa mempengerusikan Mesyuarat PBB Cawangan Lingga Bil. 1/2026 di Simanggang, semalam. Foto Pemuda PBB Lingga

SIMANGGANG: Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, menegaskan komitmen parti untuk terus memperkukuh perancangan strategik dan memastikan kesinambungan perjuangan menerusi Mesyuarat PBB Cawangan Lingga Bil. 1/2026 di sini, semalam.

Mesyuarat yang berlangsung di sini membincangkan agenda utama termasuk perkara-perkara berbangkit serta persiapan aktiviti sepanjang 2026. 

Ia turut menjadi platform bagi ahli-ahli parti untuk mengemukakan cadangan serta pandangan dalam mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan program parti.

Dayang Noorazah, yang mempengerusikan mesyuarat itu, menggesa semua ahli agar terus mengekalkan semangat juang dalam membawa perubahan positif kepada masyarakat. 

KETUA Cawangan PBB Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor semasa mempengerusikan Mesyuarat PBB Cawangan Lingga Bil. 1/2026 di Simanggang, semalam. Foto Pemuda PBB Lingga

Beliau menekankan kepentingan mendengar suara rakyat di peringkat akar umbi untuk memastikan setiap dasar dan program parti selaras dengan kehendak komuniti.

“Sebagai ahli PBB, kita mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan parti terus relevan dan sentiasa memberikan impak positif kepada masyarakat. 

“Peranan ahli di peringkat cawangan sangat penting dalam menjayakan setiap inisiatif yang dirancang,” katanya.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan perancangan program kebajikan, pembangunan komuniti serta aktiviti yang melibatkan penyertaan generasi muda bagi memperkukuh jaringan parti di peringkat akar umbi.

Dayang Noorazah menegaskan bahawa kesinambungan perjuangan parti tidak hanya bergantung kepada kepimpinan atasan, malah memerlukan kerjasama semua ahli untuk menjayakan agenda pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

Mesyuarat PBB Cawangan Lingga kali ini diakhiri dengan penekanan agar setiap ahli terus komited, berdisiplin, dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap tindakan dan keputusan yang dibuat sepanjang 2026.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kebajikan mangsa kebakaran Jalan Sungai Nyigu diberi perhatian 
Next: Sarawak laksana Projek Pertanian Tepat Kabuloh bernilai RM30 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.