Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM200 juta bina jalan Bulantak–Limpaku Pinang, Bukit Kota terus membangun
  • Utara
  • WILAYAH

RM200 juta bina jalan Bulantak–Limpaku Pinang, Bukit Kota terus membangun

Utusan Sarawak 6 hours ago
PACU PEMBANGUNAN…Dr Abdul Rahman yang bertanggungjawab dalam memacu pembangunan di DUN Bukit Kota Limbang.

LIMBANG: Hampir keseluruhan 62 kawasan perkampungan dan rumah panjang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota kini telah dilengkapi kemudahan asas hasil pelaksanaan pelbagai projek pembangunan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, hanya empat perkampungan iaitu Limpaku Pinang, Bulantak, Merajang dan Merambut yang masih belum mempunyai akses jalan darat dan masih bergantung kepada laluan sungai.

“Di DUN Bukit Kota, kawasan yang belum mempunyai jalan darat ialah Limpaku Pinang dan Bulantak, manakala Merajang dan Merambut masih menggunakan laluan sungai. Bagi Merambut, saya telah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) untuk membina jalan kebun sebagai langkah sementara tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sempena Sukan PBB Bukit Kota di Dewan Kampung Bunga Raya, kelmarin.

CERIA…Dr Abdul Rahman bersama penerima hadiah cabutan bertuah Majlis Makan Malam Sempena Sukan PBB Bukit Kota di Dewan Kampung Bunga Raya

Menurut Dr Abdul Rahman, kepimpinan GPS telah membawa perubahan ketara kepada pembangunan di kawasan pesisir Sungai Limbang yang sebelum ini berdepan kekurangan kemudahan asas.

Katanya, kawasan yang dahulunya tidak mempunyai akses jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik kini telah menikmati prasarana asas serta kemudahan lain yang memberi keselesaan kepada penduduk.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota berkata, pembangunan prasarana di setiap kampung amat penting bagi merancakkan kemajuan setempat serta memudahkan pelaksanaan pelbagai program komuniti.

Beliau berkata, lebih banyak projek pembangunan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa dan penduduk digesa memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan demi pembangunan kampung masing-masing.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa kerajaan akan membangunkan jalan penghubung antara Kampung Bulantak dan Limpaku Pinang menerusi peruntukan RM200 juta di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (DID).

“Melalui projek ini, dua perkampungan yang sebelum ini terasing akan dapat dihubungkan dengan kawasan luar apabila projek berkenaan siap kelak,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: SAR kanak-kanak terjatuh ke Sungai Daro masuki hari kedua
Next: Pihak Tabung Darah Hospital Miri gesa orang ramai sertai Kempen Derma Darah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.