Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perpaduan rakyat penentu masa depan Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Perpaduan rakyat penentu masa depan Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
 PRESIDEN SUPP, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berucap pada perhimpunan tahunan dan mobilisasi jentera SUPP Bintangor. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Timbalan Premier Sarawak yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, menegaskan bahawa masa depan Sarawak hanya dapat diperkukuh melalui perpaduan rakyat, kestabilan politik serta tumpuan berterusan terhadap pembangunan bakat dan modal insan negeri.

Katanya, kejayaan yang dikecapi Sarawak hari ini adalah hasil kepimpinan yang konsisten serta kestabilan politik yang dipelihara sejak beberapa dekad lalu.

“Penglibatan secara konstruktif adalah kunci kepada kemajuan, bukannya politik yang bersifat merosakkan.

“Pembinaan negara amat sukar dalam suasana yang berpecah-belah.

“Sebuah masyarakat yang sentiasa menyerang institusinya sendiri akan sukar untuk bergerak maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan tahunan dan mobilisasi jentera SUPP Bintangor bertempat di salah sebuah restoran, semalam.

DATUK Amar Dr Sim Kui Hian bergambar bersama ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing. Foto Pusat Khidmat Meradong

Dr Sim turut menegaskan bahawa penglibatan secara konstruktif oleh semua pihak, termasuk rakyat dan kepimpinan politik, perlu menjadi asas dalam memastikan Sarawak terus bergerak ke hadapan secara mampan dan inklusif.

Mengulas perkembangan di Daerah Meradong, Dr Sim berkata sokongan dan kepercayaan berterusan rakyat terhadap wakil rakyat SUPP dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sejak 2016 terbukti sebagai pilihan tepat apabila pelbagai projek pembangunan infrastruktur dapat dilaksanakan secara berperingkat dan memberi impak ketara kepada kesejahteraan rakyat.

Beliau turut menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang sebagai amat penting bagi memastikan kesinambungan pembangunan di Meradong dapat diteruskan, selaras dengan perancangan jangka panjang yang telah dirangka kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar rakyat terus memberikan sokongan kepada kepimpinan sedia ada, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, bagi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan secara berterusan dan berkesan.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak perempuan hilang, dikhuatiri terjatuh di Sungai Daro
Next: Kempen Keselamatan Jalan Raya Miri: 418 maut di Sarawak sepanjang 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.