Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Keletihan sekat impian Jin Wei di final Masters Thailand
  • SUKAN

Keletihan sekat impian Jin Wei di final Masters Thailand

Utusan Sarawak 18 hours ago
BADMINTON... Impian pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei untuk menjuarai Masters Thailand 2026 berakhir dengan penuh kekecewaan selepas terpaksa menarik diri dipercayai akibat keletihan pada set kedua perlawanan akhir menentang wakil India, Devika Sihag di sini hari ini.

BANGKOK: Impian pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei untuk menjuarai Masters Thailand 2026 berakhir dengan penuh kekecewaan selepas terpaksa menarik diri dipercayai akibat keletihan pada set kedua perlawanan akhir menentang wakil India, Devika Sihag di sini hari ini.

Jin Wei yang melalui laluan sukar dengan memenangi perlawanan tiga set pada pusingan pertama, kedua, suku akhir dan separuh akhir, jelas kehabisan tenaga ketika berdepan Devika dalam perlawanan penentuan gelaran di Stadium Nimibutr di sini.

Pemain ranking ke-68 dunia itu tewas 8-21 pada set pertama sebelum menarik diri ketika ketinggalan 3-6 kepada Devika, yang berada di ranking ke-63 dunia, pada set kedua.

Jurulatih Jin Wei, Seto Danu Kusuma mengakui siri perlawanan tiga set sebelum ini memberi kesan besar terhadap tahap kecergasan anak buahnya.

“Saya sangat berpuas hati dengan prestasinya sepanjang kejohanan ini. Diharapkan dia dapat pulih sepenuhnya sebelum menyertai Cabaran Singapura hujung bulan ini,” katanya kepada Bernama.

Kejohanan ini menyaksikan penamat naib juara keempat buat pemain kelahiran Pulau Pinang itu dalam kejohanan terbuka, selepas turut muncul tempat kedua pada Masters Indonesia 2016, Terbuka Taiwan 2017 dan Terbuka Vietnam 2022.

Walaupun gagal menamatkan aksi final hari ini, Jin Wei tetap boleh berbangga apabila mencipta sejarah sebagai pemain perseorangan wanita Malaysia pertama mara ke final Siri jelajah Dunia Super 300.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Konate pendekkan cuti ihsan bantu krisis pertahanan Liverpool
Next: Sesko selamatkan United, Carrick kekal sempurna dalam aksi dramatik lawan Fulham

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.