Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tapir jantan seberat 300kg mati dirempuh kereta di Dungun
  • KEMALANGAN

Tapir jantan seberat 300kg mati dirempuh kereta di Dungun

Utusan Sarawak 10 hours ago
DILANNGAR… Seekor tapir jantan mati selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 8, Jalan Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah-Paka berhampiran Kampung Santong, malam tadi.

DUNGUN: Seekor tapir jantan mati selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 8, Jalan Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah-Paka berhampiran Kampung Santong, di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Loo Kean Seong berkata tapir seberat 300 kilogram (kg) itu dilanggar ketika melintas jalan menuju ke hutan berhampiran pada 10.00 malam.

 “Pemeriksaan menemukan kesan kecederaan pada bahagian kepala dan badan tapir berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

 Beliau berkata dua anggota Perhilitan telah mengambil bangkai tapir itu untuk tujuan pelupusan, dan difahamkan tapir berkenaan dilanggar kereta jenis Volkswagen dipandu seorang guru berusia 49 tahun.

 Pada 24 Januari lepas seekor tapir seberat 200 kilogram mati dirempuh sebuah motosikal di Kilometer 320.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas susur keluar Kerteh, Kemaman pada 1 pagi.

 Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal berusia 19 tahun turut maut di tempat kejadian.

-Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mayat ditemui terapung di Sungai Midin, Samariang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.