Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Konate pendekkan cuti ihsan bantu krisis pertahanan Liverpool
  • SUKAN

Konate pendekkan cuti ihsan bantu krisis pertahanan Liverpool

Utusan Sarawak 10 hours ago

Ibrahima Konate mempamerkan aksi cemerlang selaku pemain terbaik perlawanan ketika membantu Liverpool menewaskan Newcastle. Foto ihsan Liverpool FC.

LIVERPOOL: Ibrahima Konate mendedahkan beliau memendekkan cuti ihsannya susulan pemergian bapanya bagi membantu Liverpool yang berdepan krisis kecederaan di benteng pertahanan.

Pemain antarabangsa Perancis itu tidak dapat menahan air mata selepas menjaringkan gol lewat perlawanan dalam kemenangan 4-1 ke atas Newcastle, awal pagi tadi.

Konate terlepas tiga perlawanan terakhir Liverpool selepas diberikan cuti ihsan, namun mengambil keputusan untuk kembali lebih awal apabila menyedari pasukan kendalian Arne Slot kekurangan pemain pertahanan susulan kecederaan Joe Gomez, Jeremie Frimpong dan Conor Bradley.

“Sukar untuk saya ungkapkan perasaan ketika ini kerana dua minggu kebelakangan sangat sukar buat saya dan keluarga, namun ini adalah sebahagian daripada kehidupan dan kita tiada pilihan selain menerimanya,” kata Konate kepada TNT Sports.

“Saya tahu pasukan berdepan masalah kecederaan dan pengurus memberitahu supaya saya mengambil masa serta tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali.

“Namun dalam situasi ini, saya rasa penting untuk kembali membantu pasukan. Saya lakukannya hari ini di Anfield, suasana sangat luar biasa dan inilah yang kami perlukan sehingga penghujung musim,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

Pengurus Liverpool, Arne Slot memuji komitmen Ibrahima Konate terhadap rakan sepasukannya. Foto AFP

Slot memuji komitmen serta persembahan Konate yang membantu Liverpool menamatkan kemarau lima perlawanan liga tanpa kemenangan pada 2026.

“Ibou memberitahu saya awal minggu ini bahawa dia mahu kembali lebih awal daripada perancangan asal kerana ingin membantu pasukan,” kata Slot.

“Itulah yang dilakukannya hari ini. Bukan sahaja dengan jaringan, malah dia turut mempamerkan persembahan yang sangat cemerlang.”

Dalam perlawanan itu, Hugo Ekitike menjaringkan dua gol manakala Florian Wirtz turut mencatat nama sebagai penjaring selepas Liverpool bangkit daripada ketinggalan hasil jaringan awal Anthony Gordon untuk Newcastle.

Kemenangan tersebut melonjakkan Liverpool ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris. – AFP

Continue Reading

Previous: Rosenior yakin Chelsea miliki sesuatu istimewa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.