Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua suspek dadah ditahan dalam Op Tapis Khas IPD Lubok Antu
  • JENAYAH

Dua suspek dadah ditahan dalam Op Tapis Khas IPD Lubok Antu

Utusan Sarawak 16 hours ago
DITAHAN… Seorang lelaki dan seorang wanita berusia awal 20-an ditahan polis dalam satu Op Tapis Khas yang dilaksanakan oleh IPD Lubok Antu di kawasan Engkilili, hari ini. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki dan seorang wanita berusia awal 20-an ditahan polis dalam satu Op Tapis Khas yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu di kawasan Engkilili, hari ini.

Menurut kenyataan media IPD Lubok Antu, tangkapan tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Lubok Antu hasil risikan dan pemantauan yang dijalankan ke atas aktiviti disyaki berkaitan dadah.

Operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak polis bagi membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah, khususnya di kawasan luar bandar yang dikenal pasti berisiko.

Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Sehubungan itu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Pihak polis memaklumkan bahawa tindakan lanjut akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada selepas siasatan selesai dijalankan.

Dalam pada itu, IPD Lubok Antu menegaskan komitmen berterusan untuk meningkatkan operasi dan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat setempat terus terpelihara.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah digalakkan tampil menyalurkan maklumat melalui Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di talian 017-592 9211 bagi membantu usaha pencegahan dan pembanterasan dadah.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 327 tahanan warganegara Indonesia dihantar pulang melalui sempadan Tebedu-Entikong
Next: Pengurusan e-waste: SPRM beku akaun RM1 juta, sita wang tunai RM170,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.