Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kontraktor digesa siapkan Projek Tebingan Sungai Limbang seawal April ini
  • WILAYAH

Kontraktor digesa siapkan Projek Tebingan Sungai Limbang seawal April ini

Utusan Sarawak 7 hours ago
PANTAU PROJEK… Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail meninjau tapak Projek Tebingan Sungai Limbang Fasa Satu.

LIMBANG: Kontraktor dan konsultan yang terlibat dalam pembinaan Projek Tebingan Sungai Limbang digesa menyiapkan projek berkenaan selewat-lewatnya April tahun ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, berkata projek sepanjang 1.8 kilometer (km), yang terpanjang di Sarawak itu, mengalami kelewatan akibat masalah tanah susur, khususnya bagi fasa satu yang kini berada pada peringkat akhir.

Menurut beliau, kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM9 juta bagi kerja pembinaan dan pembaikan Projek Tebingan Sungai Limbang fasa satu yang terjejas sebelum ini.

“Kita meminta agar konsultan dan kontraktor terlibat dapat menyiapkan projek ini, khususnya fasa satu, selewat-lewatnya April tahun ini.

“Ini penting kerana banyak program berskala besar dirancang tahun ini, termasuk Pesta Limbang yang dijangka berlangsung pada Julai dan bakal dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa lawatan kerja ke tapak Projek Tebingan Sungai Limbang di belakang Stesen Petronas, semalam.

PASTIKAN SIAP… Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menegaskan projek berkenaan mesti disiapkan pada April tahun ini.

Dr Abdul Rahman berkata, walaupun projek berkenaan dijangka siap pada April ini, ia berdepan beberapa cabaran termasuk masalah tanah susur dan isu teknikal lain.

Projek Tebingan Sungai Limbang bukan sahaja mengubah landskap pembangunan bandar, malah menyediakan prasarana perniagaan kepada peniaga tempatan. Sebahagian projek telah siap dan digunakan, manakala selebihnya masih dalam pembinaan.

Projek bernilai RM120 juta itu dibangunkan secara tiga fasa di bawah peruntukan kerajaan negeri dan dijangka siap sepenuhnya pada April tahun ini.

Ia juga merupakan kemudahan sosial untuk aktiviti rekreasi dan riadah, selain berpotensi menjadi tarikan pelancongan serta memacu ekonomi di utara Sarawak.

Turut hadir ialah Timbalan Residen Bahagian Limbang, Rozita Kulai, dan Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendawaian semula elektrik Rumah Catherine Renang siap sepenuhnya
Next: Alumni pelajar SMK Limbang sejak 1962 anjur majlis makan malam, kumpul dana bantu sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.