Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ​Sukan wadah bentuk jati diri dan disiplin murid
  • SUKAN

​Sukan wadah bentuk jati diri dan disiplin murid

Utusan Sarawak 4 hours ago
RAKAM KENANGAN … Friday Belik bergambar kenangan bersama yang lain pada Majlis Penangguhan Kejohanan Merentas Desa antara Sekolah Rendah Zon Roban di SK Mudong, semalam. Foto ADUN Krian

ROBAN: Penglibatan dalam aktiviti sukan bukan sekadar mengejar kemenangan, malah ia merupakan instrumen penting dalam membentuk jati diri, disiplin yang teguh, serta kekuatan mental dalam kalangan pelajar sekolah.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik menegaskan bahawa pembangunan modal insan yang seimbang memerlukan sinergi antara kecemerlangan akademik dan ketangkasan dalam bidang kokurikulum.

​Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penangguhan Kejohanan Merentas Desa antara Sekolah Rendah Zon Roban di Sekolah Kebangsaan (SK) Mudong, selaku tuan rumah bagi edisi kali ini.

​Menurut beliau, melalui aktiviti sukan, murid-murid didedahkan dengan nilai kepimpinan dan semangat kerja berpasukan yang sukar diperolehi di dalam bilik darjah secara teori semata-mata.

FRIDAY Belik menyempurnakan Majlis Penangguhan Kejohanan Merentas Desa antara Sekolah Rendah Zon Roban di SK Mudong, semalam. Foto ADUN Krian

​”Sukan mampu melahirkan generasi yang mempunyai daya tahan tinggi. Kekuatan mental yang dibina di padang akan membantu mereka mendepani cabaran dalam pelajaran dan kehidupan seharian,” katanya dalam ucapan perasmian tersebut.

​Kejohanan yang penuh semangat itu menyaksikan penyertaan seramai 100 atlet yang mewakili 12 sekolah di sekitar Zon Roban bagi merebut kejuaraan dalam acara merentas desa.

​Selain fokus kepada pembangunan sukan, Friday turut mengambil kesempatan untuk meninjau infrastruktur pendidikan di kawasan tersebut bagi memastikan kebajikan warga pendidik sentiasa terpelihara.

​Beliau sempat meninjau projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang melibatkan kerja membaik pulih tiga kuarters guru di SK Mudong dengan peruntukan berjumlah RM200,000.

​Projek tersebut kini telah siap sepenuhnya, sekali gus memberi keselesaan dan menyuntik semangat baharu kepada para guru untuk terus berbakti mendidik anak bangsa di kawasan luar bandar.

​Meneruskan komitmen di lapangan, pada sebelah petang, Friday meneruskan program walkabout ke tiga rumah panjang di kawasan Mudong dan Tapang Ujan bagi meninjau perkembangan projek komuniti.

​Antara lokasi yang dilawati ialah Rumah Laping, Mudong bagi meninjau projek RTP menaik taraf dataran kejat, serta Rumah Nuing di Tapang Ujan Ulu yang melibatkan pembinaan sengkuap baharu.

​Lawatan kerja tersebut diakhiri di Rumah Julis, Tapang Ujan Ili bagi melihat hasil projek mengganti atap rumah panjang, selain menziarahi bekas Tuai Rumah Stanley Timban yang kini dalam fasa pemulihan akibat kecederaan kaki.

​

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Carrick mahu pemain United bertenang selepas permulaannya cemerlang
Next: 11 pelajar SMK Merapok wakili Zon Utara di SUKSAR 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.