Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kesinambungan kepimpinan Meradong utamakan pembangunan rakyat
  • Tengah
  • WILAYAH

Kesinambungan kepimpinan Meradong utamakan pembangunan rakyat

Utusan Sarawak 3 weeks ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing bergambar bersama Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong dan mantan Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang (dua kanan). Foto Pusat Khidmat Meradong

SARIKEI: Kesinambungan kepimpinan pentadbiran Daerah Meradong terus diberi keutamaan bagi memastikan pelaksanaan perancangan pembangunan yang berkesan dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, berkata kesinambungan kepimpinan pentadbiran amat penting supaya setiap perancangan pembangunan yang telah dirangka dapat diteruskan tanpa gangguan.

“Kesinambungan ini seterusnya memberi impak positif kepada kesejahteraan rakyat.

“Terima kasih kepada mantan Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang di atas jasa, sumbangan dan dedikasi yang disumbangkan kepada Daerah Meradong sepanjang berkhidmat di sini.

“Saya juga ingin mengalu-alukan Pegawai Daerah Meradong yang baharu iaitu Wee Teck Min,” katanya ketika berucap pada majlis sekalung budi di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, semalam.

Tambahnya, sepanjang perkhidmatan Thomas di Daerah Meradong, beliau telah memperkukuh kerjasama antara jabatan kerajaan, pemimpin masyarakat dan rakyat setempat dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan di Daerah Meradong.

“Saya juga yakin terhadap kepimpinan Pegawai Daerah Meradong yang baharu untuk meneruskan usaha memperkasa pembangunan fizikal, sosial dan pentadbiran daerah secara inklusif dan berkesan.

“Sokongan padu daripada semua pihak termasuk jabatan kerajaan, pemimpin masyarakat dan rakyat setempat amat penting bagi memastikan kesinambungan pentadbiran dapat diperkukuh demi kemajuan Meradong,” katanya.

Turut hadir Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong; Pegawai Daerah Meradong, Wee Teck Min; mantan Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang; Penolong Pegawai PPD Daerah Meradong, Nasaruddin Ibrahim dan Pemanca Yii Hee Sieng.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Debak tangkap ular sawa batik 12 kaki di Kampung Debak Laut
Next: BSJKD IPD Betong dekati komuniti, perkukuh usaha bendung penipuan dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.