Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sebuah motosikal disita dalam Op Pematuhan Lalu Lintas di Saratok
  • JENAYAH

Sebuah motosikal disita dalam Op Pematuhan Lalu Lintas di Saratok

Utusan Sarawak 6 hours ago
DISITA… Op Pematuhan Lalu Lintas dan Op Motosikal yang dijalankan oleh BSPT IPD Saratok, semalam. Foto IPD Saratok

SARATOK: Sebuah motosikal telah disita oleh pihak polis selepas didapati melakukan kesalahan ubah suai dalam Op Pematuhan Lalu Lintas dan Op Motosikal yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi tersebut dilaksanakan bermula 3.00 petang hingga 6.30 petang, melibatkan kekuatan seramai empat anggota terdiri daripada dua anggota Unit Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) Balai Saratok dan dua anggota BSPT Saratok.

Menurut beliau, operasi itu dilaksanakan di beberapa lokasi tumpuan termasuk Jalan Roban Lama, Jalan Roban/Kabong serta Lebuh Raya Pan Borneo menerusi kaedah ‘snap check’ dan rondaan.

“Sepanjang operasi, sebanyak 60 kenderaan telah diperiksa melibatkan 17 motokar, lapan kenderaan pelbagai guna (MPV), 15 motosikal, 10 kenderaan pacuan empat roda/pick-up, lima lori dan lima van,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 29 keping saman PDRM (K) 257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas. 

Kesalahan tertinggi melibatkan penunggang motosikal termasuk tiada lesen memandu, tidak memasang cermin sisi, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, lampu brek rosak serta penggunaan ekzos tidak dibenarkan.

“Selain itu, sebuah motosikal telah disita kerana didapati diubah suai dan tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan di bawah undang-undang lalu lintas,” jelasnya.

DISITA… Op Pematuhan Lalu Lintas dan Op Motosikal yang dijalankan oleh BSPT IPD Saratok, semalam. Foto IPD Saratok

DSP Mathew menegaskan bahawa tujuan utama operasi ini adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya yang melibatkan penunggang motosikal, di samping meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dalam kalangan semua pengguna jalan raya.

“Secara keseluruhannya, operasi ini mencapai objektif penguatkuasaan dan pencegahan. Penugasan berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dan keadaan cuaca sepanjang operasi adalah baik,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat serta tidak diubah suai secara haram demi keselamatan bersama.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suspek larikan wang tunai AS$2.7 juta dalam rompakan di Tokyo
Next: Lapan Lelaki positif dadah ditahan di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.