Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Suspek larikan wang tunai AS$2.7 juta dalam rompakan di Tokyo
  • JENAYAH

Suspek larikan wang tunai AS$2.7 juta dalam rompakan di Tokyo

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Foto ihsan Kyodo News

TOKYO, Jepun: Sekumpulan tiga suspek merompak lima individu di laluan di tengah Tokyo pada Khamis malam, melarikan diri dengan beg bagasi yang menurut mangsa mengandungi kira-kira 420 juta yen (AS$2.7 juta) tunai, lapor agensi berita Kyodo memetik polis.

Beberapa jam kemudian, seorang lelaki dengan bagasi mengandungi 190 juta yen (AS$1.25 juta) tunai diserang awal pagi tadi di kawasan tempat letak kereta Lapangan Terbang Haneda, ibu kota, tetapi tiada barang yang dicuri daripadanya, menurut polis.

Pihak penyiasat sedang meneliti kemungkinan kaitan antara kedua-dua kejadian tersebut.

Mangsa di tengah Tokyo, tiga warga Jepun dan dua warga China berusia antara 20-an hingga 40-an, dirompak sekitar 9.30 malam waktu tempatan di Daerah Taito berhampiran Stesen JR Okachimachi ketika mereka memuatkan tiga beg bagasi yang mengandungi wang tunai ke dalam sebuah kereta penumpang.

Menurut laporan Kyodo, seorang mangsa warga China berusia 40-an didakwa diserang oleh kumpulan itu sebelum mereka melarikan diri bersama beg bagasi, kata polis.

Seorang pejalan kaki berusia 50-an pula dilanggar kenderaan di kawasan berkenaan pada masa yang hampir sama suspek meninggalkan lokasi.

Sebuah kereta penumpang kecil berwarna biru kemudian ditemui ditinggalkan di kawasan itu. Pejalan kaki itu mengalami cedera ringan, menurut polis.

“Kawasan sekitar Okachimachi dipenuhi kedai perhiasan dan pernah berlaku kes rompakan sebelum ini,” kata seorang wanita berusia 50-an yang tinggal di kawasan berkenaan, menambah bahawa kejadian semalam itu menakutkan beliau.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Langgar syarat perlesenan, kapal kargo ditahan di perairan Bintulu
Next: Sebuah motosikal disita dalam Op Pematuhan Lalu Lintas di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.