Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung berapi Mayon kekal pada tahap amaran 3, orang ramai diingatkan jauhi kawasan
  • GLOBAL

Gunung berapi Mayon kekal pada tahap amaran 3, orang ramai diingatkan jauhi kawasan

Utusan Sarawak 5 hours ago
GUNUNG berapi Mayon di Filipina kekal pada tahap amaran tiga selepas letusan lava berterusan dipantau selama 23 hari berturut-turut, dengan pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk supaya menjauhi kawasan berbahaya.

ALBAY, Filipina: Gunung berapi Mayon di Filipina kekal pada tahap amaran tiga selepas letusan lava berterusan dipantau selama 23 hari berturut-turut, dengan pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk supaya menjauhi kawasan berbahaya, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan, hari ini.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) memaklumkan Gunung Berapi Mayon masih sangat aktif, menghasilkan aliran lava bercahaya, arus ketumpatan piroklastik (PDC) serta kejadian runtuhan batu yang kerap, menurut laporan media tempatan Inquirer.

Dalam tempoh 24 jam sehingga tengah malam ini, Phivolcs merekodkan 21 gempa bumi gunung berapi, 351 kejadian runtuhan batu dan 64 arus ketumpatan piroklastik.

Pemerhatian turut mencatatkan pelepasan 1,474 tan sulfur dioksida serta kepulan abu gunung berapi setinggi 1,000 meter (3,280 kaki) dari kawah, yang bergerak ke arah barat laut dan barat daya.

Pihak berkuasa memberi amaran yang bahaya berterusan termasuk runtuhan batu, tanah runtuh, runtuhan salji gunung berapi, pancutan lava, letupan sederhana serta lahar, khususnya semasa hujan lebat atau berpanjangan.

Penduduk dan pelawat digesa mengelakkan Zon Bahaya Kekal sejauh 6 kilometer (3.72 batu) di sekitar gunung berapi itu.

Gunung Berapi Mayon meletus lebih 50 kali sepanjang 500 tahun lalu.

-Bernama  

Continue Reading

Previous: Anak lelaki Puteri Mahkota Norway akan dibicarakan atas tuduhan rogol

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.