Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Jualan iPhone 17 lonjak keuntungan bersih Apple
  • BISNES

Jualan iPhone 17 lonjak keuntungan bersih Apple

Utusan Sarawak 3 weeks ago
APPLE… iPhone 17.

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat: Apple mencatatkan pendapatan tertinggi dalam suku terakhir tahun lepas, didorong oleh lonjakan jualan iPhone di Greater China.

Syarikat teknologi itu melaporkan keuntungan sebanyak AS$42.1 bilion dengan pendapatan AS$143.8 bilion bagi suku berkenaan. CEO Apple, Tim Cook, berkata iPhone mencatat suku terbaik dalam sejarahnya hasil permintaan yang luar biasa, dengan jualan di Greater China meningkat kepada AS$25.5 bilion berbanding AS$18.5 bilion tahun sebelumnya. Keseluruhan jualan iPhone menyumbang AS$85.2 bilion.

Pendapatan dari perkhidmatan digital seperti kandungan dan langganan hiburan juga mencapai rekod baru AS$30 bilion, meningkat 14 peratus dari suku yang sama tahun lepas. Jumlah peranti Apple yang digunakan di seluruh dunia kini melebihi 2.5 bilion unit. Apple menjangkakan pendapatannya bagi suku semasa meningkat 13 hingga 16 peratus berbanding tahun lepas.

Cook menegaskan bahawa pengeluaran iPhone terhad akibat kekangan bekalan dan kenaikan harga komponen memori serta cip canggih.

“Kami sedang mengejar bekalan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi,” katanya.

Saham Apple meningkat sekitar satu peratus dalam dagangan selepas waktu pasaran.

Apple turut mengumumkan kerjasama baru dengan Google untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan Gemini dalam produknya, termasuk Siri. Kerjasama ini menandakan peralihan penting kerana Apple sebelum ini membangunkan teknologi terasnya secara dalaman. Cook berkata Siri akan menjadi lebih peribadi dengan teknologi Google.

Selain itu, Apple membeli Q.ai, syarikat permulaan dari Israel yang pakar dalam membaca ekspresi wajah.

Penganalisis menilai pendapatan Apple menunjukkan strategi syarikat berjaya mengekalkan kedudukan di pasaran telefon pintar global, walaupun persaingan dan cabaran kecerdasan buatan (AI) semakin meningkat.

-AFP

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit meningkat semula kepada 3.9190 didorong
Next: Ringgit diunjur terus mengukuh pada julat 3.93-3.96 berbanding dolar AS minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.