Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • KLAS Renang 2025: 40 kanak-kanak kuasai kemahiran asas berenang
  • TEMPATAN

KLAS Renang 2025: 40 kanak-kanak kuasai kemahiran asas berenang

Utusan Sarawak 5 hours ago
PESERTA merakam kenangan pada Program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) 2025 Fasa 3 yang berlangsung di Kolam Renang Delta di sini, baru-baru ini. Foto Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu

SIBU: Seramai 40 peserta kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun berjaya menamatkan Program Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) 2025 Fasa 3 yang berlangsung di Kolam Renang Delta di sini, baru-baru ini.

Program berkenaan dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Persatuan Renang Amatur Sibu (SASA), sebagai usaha berterusan memupuk kemahiran asas berenang dalam kalangan kanak-kanak.

KLAS Renang merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang dilaksanakan secara percuma, melibatkan enam sesi latihan bagi setiap peserta.

Program itu memberi penekanan kepada pendedahan teknik asas berenang yang betul dan selamat, khususnya sebagai langkah mengurangkan risiko kematian akibat lemas dalam kalangan kanak-kanak.

Inisiatif yang dilancarkan pada 13 Mei 2023 itu turut bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta mengenai keselamatan di air, selain membantu mereka mengatasi rasa takut ketika berada di dalam kolam.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Presiden SASA, Joseph Ung, dengan diiringi wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Terence Tan.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan penghargaan serta terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kejayaan pelaksanaan program tersebut.

Oleh Tarani Lanting

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Serangan terhadap hak Sarawak jejas perpaduan nasional
Next: Kompleks sukan bernilai RM20 juta bakal dibina di Lingga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.