Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 4 maut dalam kejadian disyaki ahli keluarga membunuh sebelum bunuh diri di Australia Barat
  • GLOBAL

4 maut dalam kejadian disyaki ahli keluarga membunuh sebelum bunuh diri di Australia Barat

Utusan Sarawak 5 hours ago
POLIS Australia Barat menjalankan siasatan di lokasi kejadian di Mosman Park, Perth, selepas empat sekeluarga ditemukan maut dalam kes yang disyaki pembunuhan sebelum bunuh diri. Foto AGENSI

SYDNEY: Empat individu maut dalam kejadian yang disyaki seorang ahli keluarga membunuh ahli keluarganya sebelum mengambil nyawanya sendiri di Australia Barat (WA), lapor Xinhua memetik polis pada Jumaat.

Pasukan Polis WA memaklumkan bahawa mayat seorang lelaki berusia 50 tahun, seorang wanita berusia 49 tahun serta dua remaja lelaki masing-masing berumur 14 dan 16 tahun ditemukan di sebuah kediaman di pinggir barat daya ibu negeri Perth pada pagi Jumaat.

Detektif Inspektor Jessica Securo memaklumkan bahawa polis menemui sekeping nota di lokasi kejadian dan kini menyiasat kes itu sebagai tindakan seorang daripada ahli keluarga yang membunuh mangsa lain sebelum membunuh diri sendiri.

Walaupun punca kematian belum didedahkan, polis mengesahkan tiada sebarang senjata digunakan dan tiada kesan keganasan fizikal ditemui pada mangsa.

Kejadian ini dipercayai mempunyai kaitan dengan tekanan hidup memandangkan kedua-dua anak remaja tersebut dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang sangat serius.

Pihak polis juga mengesahkan bahawa keluarga berkenaan tidak pernah mempunyai sebarang rekod keganasan rumah tangga sebelum ini.

Kawasan perumahan tersebut kini ditutup sementara bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Budak lelaki maut diserang jerung
Next: Anak lelaki Puteri Mahkota Norway akan dibicarakan atas tuduhan rogol

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.