Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita panik kereta terkunci, BBP Lutong bertindak pantas
  • WILAYAH

Wanita panik kereta terkunci, BBP Lutong bertindak pantas

Utusan Sarawak 5 hours ago
BANTU… Pasukan bomba membantu seorang wanita membuka keretanya yang terkunci di kawasan MDS Kuala Baram di Miri, tengah hari tadi. Foto BBP Lutong

MIRI: Tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong membantu seorang wanita yang berdepan situasi cemas apabila keretanya terkunci di kawasan MDS Kuala Baram di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.23 tengah hari itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada pemanggil seorang wanita yang memaklumkan kenderaan miliknya terkunci.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah, berkata sepasukan anggota bersama jentera  bergegas ke lokasi sejurus panggilan diterima.

BANTU… Pasukan bomba membantu seorang wanita membuka keretanya yang terkunci di kawasan MDS Kuala Baram di Miri, tengah hari tadi. Foto BBP Lutong

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati benar kereta milik pelapor berada dalam keadaan terkunci seperti yang dilaporkan.

“Anggota bertindak menjalankan  pemeriksaan awal sebelum menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kenderaan tersebut dan operasi berjaya diselesaikan dengan selamat,” katanya di sini.

Menurut Henry, operasi mengambil masa kira-kira 20 minit dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Orang ramai dijemput sertai kempen derma darah 3 Februari ini
Next: ADUN Krian dekati rakyat, dengar keluhan penduduk rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.