Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Indonesia adakan sidang Isbat 17 Februari ini, tentukan permulaan Ramadan
  • GLOBAL

Indonesia adakan sidang Isbat 17 Februari ini, tentukan permulaan Ramadan

Utusan Sarawak 4 hours ago

JAKARTA:  Indonesia akan mengadakan persidangan Isbat atau persidangan penentuan tarikh Ramadan pada 17 Februari ini.

Ketua Pengarah Bimbingan Masyarakat Islam Abu Rokhmad berkata persidangan itu akan merangkumi pembentangan data astronomi mengenai kedudukan anak bulan serta pengesahan cerapan anak bulan dari 37 lokasi di seluruh negara.

“Seterusnya ialah proses perbincangan dan membuat keputusan (semasa sidang isbat) yang akan diumumkan kepada orang ramai,” katanya seperti dilaporkan Agensi Berita ANTARA.

Isbat merupakan forum rasmi kerajaan bagi mengesahkan permulaan bulan dalam kalendar Islam. Persidangan itu akan diadakan di Auditorium Rasjidi, bangunan Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia di sini, dan dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Agama Nasaruddin Umar.- Bernama

Continue Reading

Previous: Gunung Semeru meletus dua kali, hambur abu setinggi 700 meter
Next: Beruang kutub semakin gemuk di saat ais Artik Norway menyusut – kajian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.