Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MBM bantu bersih kawasan terjejas banjir kilat
  • Utara
  • WILAYAH

MBM bantu bersih kawasan terjejas banjir kilat

Utusan Sarawak 7 hours ago
MAJLIS Bandaraya Miri membantu membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir kilat baru-baru ini. Foto MBM 

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir kilat baru-baru ini.

MBM menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, pihaknya telah mengatur kerja pembersihan sisa pukal isi rumah serta pelbagai barangan yang rosak akibat banjir dan dibuang di tepi jalan, kawasan lapang serta persimpangan jalan sehingga menyebabkan halangan lalu lintas dan mencacatkan pemandangan persekitaran.

Menurut kenyataan itu, antara kawasan terlibat dalam program CSR berkenaan ialah Senadin, Tudan, Sungai Adong dan Pujut Tanjung Batu.

“Operasi pembersihan dijalankan selama tujuh hari bermula 22 hingga 28 Januari 2026 melibatkan dua unit jentera JCB dan empat unit lori. Sepanjang tempoh itu, kira-kira 100 tan sisa pukal berjaya dibersihkan dari kawasan terjejas,” menurut kenyataan tersebut.

MBM turut menggesa orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan kawasan masing-masing dan melupuskan sampah secara bertanggungjawab bagi mengelakkan pembiakan serangga pembawa penyakit serta menghindari longkang tersumbat yang boleh menyebabkan banjir kilat.

“Bagi memudahkan orang awam, MBM menyediakan tong ‘Roll-On-Roll-Off’ RORO di beberapa lokasi strategik sekitar Miri. Orang ramai digalakkan membuang sisa pukal di kemudahan ini,” jelas kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, syarikat digalakkan menghantar sisa industri (kecuali sisa berjadual) terus ke Tapak Pelupusan Kuala Baram dengan kadar caj minimum.

Tambah MBM, pihaknya juga akan mempergiat pemantauan kerja pemotongan rumput dan pembersihan longkang secara bulanan di bawah bidang kuasa majlis bagi memastikan bandar raya kekal selamat dan terpelihara.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak menjalankan aktiviti berkebun secara haram di kawasan rizab jalan kerana ia boleh menjejaskan kerja penyelenggaraan rutin serta sistem saliran.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Statistik jenayah Lubok Antu stabil, kes narkotik catat peningkatan ketara
Next: Orang ramai dijemput sertai kempen derma darah 3 Februari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.