Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat meningkat kepada 56
  • KEMALANGAN

Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat meningkat kepada 56

Utusan Sarawak 8 hours ago
PASUKAN penyelamat mencari mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Kampung Pasirlangu, Cisarua, Bandung, Jawa Barat, baru-baru ini. Foto AFP

JAKARTA: Tiga lagi mayat ditemukan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat, Jawa Barat meningkat kepada 56 orang ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan.

Ketua Data, Maklumat dan Komunikasi Bencana Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Abdul Muhari berkata kesemua mayat telah diserahkan kepada pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) untuk proses pengecaman.

Berdasarkan penemuan pasukan DVI setakat semalam, 10.00 malam waktu tempatan, 40 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat telah dikenal pasti.

PASUKAN penyelamat mencari mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Kampung Pasirlangu, Cisarua, Bandung, Jawa Barat, baru-baru ini. Foto AFP

Mayat yang dikenal pasti diserahkan kepada keluarga mangsa. Dianggarkan seramai 24 orang lagi masih hilang, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kejadian tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat itu melanda kampung Pasirlangu pada kira-kira 2.30 pagi, Sabtu lalu, serta menimbus beberapa kawasan kediaman.

Beliau berkata operasi SAR yang memasuki hari keenam hari ini melibatkan 3,229 kakitangan.

Peralatan berat dan anjing pengesan terus dikerahkan bagi mempercepatkan usaha mencari dan menyelamat. Sekurang-kurangnya 15 jengkaut telah digerakkan untuk mempercepatkan operasi, katanya.

-Bernama  

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Pesawat kecil terhempas di Colombia, 15 termasuk anggota Kongres maut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.