Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pesawat kecil terhempas di Colombia, 15 termasuk anggota Kongres maut
  • KEMALANGAN

Pesawat kecil terhempas di Colombia, 15 termasuk anggota Kongres maut

Utusan Sarawak 8 hours ago
TERHEMPAS… Seramai 15 individu, termasuk seorang anggota Kongres Colombia maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas di timur laut negara itu, menurut pihak berkuasa semalam.

RIO DE JANEIRO, Brazil: Seramai 15 individu, termasuk seorang anggota Kongres Colombia maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas di timur laut negara itu, menurut pihak berkuasa semalam, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Penerbangan domestik yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan milik kerajaan, Satena, itu dalam perjalanan dari Cucuta ke Ocana sebelum terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara hanya beberapa minit selepas berlepas.

Pesawat jenis Beechcraft 1900 itu terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Norte de Santander, berhampiran sempadan dengan Venezuela.

“Hari ini seluruh negara berkabung,” kata Menteri Pengangkutan Colombia María Fernanda Rojas selepas Satena mengesahkan kematian kesemua 13 penumpang dan dua kru penerbangan.

Antara yang maut ialah penggubal undang-undang Colombia, Diogenes Quintero daripada Parti de la U yang merupakan wakil tempatan terkenal di wilayah Catatumbo di timur laut negara itu yang terjejas akibat konflik.

-Bernama  

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut kemalangan motosikal di Bulatan Jalan Marina Utama, Miri
Next: Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat meningkat kepada 56

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.