


MIRI: Polis berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 41 tahun berhubung kes kecurian hamper di sebuah pasar raya MyDaily Mart, Times Square, semalam.
Kes berlaku pada 27 Januari lalu dan disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Ia melibatkan kecurian sebuah hamper yang dianggarkan bernilai RM1,050, dan barang curi tersebut kemudiannya berjaya ditemui di rumah suspek.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohamad Farhan Lee Abdullah menasihatkan orang awam supaya sentiasa meningkatkan tahap keselamatan harta benda, khususnya di luar kawasan kedai.
“Pastikan premis atau kedai dipasang kamera litar tertutup serta segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis bagi mencegah kejadian jenayah,” tegasnya.
Oleh Adum Liu