Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan laluan motosikal dan pejalan kaki baharu bakal dibina di Kampung Kepayang
  • Utara
  • WILAYAH

Jambatan laluan motosikal dan pejalan kaki baharu bakal dibina di Kampung Kepayang

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMANTAUAN pihak JKR dan wakil Pusat Khidmat Wakil Rakyat N.71 Bekenu bersama penduduk kampung di lokasi jambatan lama yang uzur di Kampung Kepayang Tiris di Bekenu hari ini.

BEKENU: Sebuah jambatan baharu khusus untuk laluan motosikal dan pejalan kaki bakal dibina bagi menggantikan jambatan lama yang hampir roboh di Kampung Kepayang, Tiris.

Ketua Kampung Kepayang, Suip Karim berkata, penduduk kampung bersyukur apabila permohonan mereka mendapat perhatian penuh daripada pemimpin kawasan.

“Kami merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus serta Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selain pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) atas keprihatinan terhadap keperluan penduduk,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut beliau, pihak JKR memaklumkan dalam satu pertemuan bahawa projek pembinaan jambatan tersebut dianggarkan menelan kos sekitar RM300,000 dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan berkaitan, Suip berkata Datuk Rosey Yunus turut menyalurkan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi pembinaan dapur termasuk stor bagi kegunaan jamuan makan tahunan kampung yang kini sedang dalam proses pembinaan oleh pihak kontraktor.

“Sementara itu, tapak pembinaan sebuah surau di kampung ini juga telah disediakan. Namun, pembinaannya masih tertakluk kepada beberapa proses kelulusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu,” katanya.

Utusan Sarawak difahamkan bahawa projek pembinaan jambatan berkenaan akan dilaksanakan menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Rh Anne Saging bakal menikmati kemudahan parkir baharu
Next: Lelaki ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang di hutan Kampung Sepurau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.