Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Persatuan Foochow Bintulu salur sumbangan TBC kepada 150 murid kurang berkemampuan
  • Utara
  • WILAYAH

Persatuan Foochow Bintulu salur sumbangan TBC kepada 150 murid kurang berkemampuan

Utusan Sarawak 4 hours ago
JOHNNY Pang merakamkan gambar bersama warga sekolah dan penerima sumbangan sebagai tanda kenangan selepas majlis penyerahan sumbangan angpau sempena Program Bantuan Pelajar Kurang Berkemampuan 11.0 di SK  Kai Ming hari ini.

BINTULU: Seramai 150 murid daripada keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan angpau sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) menerusi Program Bantuan Pelajar Kurang Berkemampuan 11.0 anjuran Persatuan Foochow Bintulu dengan kerjasama Seksyen Belia dan Seksyen Wanita.

Program sumbangan yang melibatkan lima sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina itu bertujuan meringankan beban keluarga di samping memastikan kebajikan serta pendidikan murid terus terpelihara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, inisiatif kebajikan seumpama itu mencerminkan keprihatinan berterusan persatuan dan komuniti terhadap keperluan golongan pelajar kurang bernasib baik.

Menurut beliau, sumbangan yang disalurkan bukan sekadar memeriahkan sambutan TBC, malah membawa mesej sokongan moral agar murid terus bersemangat dalam menuntut ilmu.

“Latar belakang ekonomi tidak seharusnya menjadi penghalang kepada akses pendidikan.

JOHNNY Pang menyampaikan sumbangan angpau kepada para murid sempena sambutan TBC anjuran Persatuan Foochow Bintulu.

“Sokongan berterusan amat penting bagi memastikan murid tidak tercicir,” katanya semasa majlis ringkas penyerahan sumbangan berkenaan di SJK Siong Boon di sini, hari ini.

Beliau turut menggesa agar usaha kebajikan sedemikian diteruskan sepanjang tahun dan diperluaskan bersempena perayaan lain seperti Gawai Dayak dan Hari Raya bagi memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Pada majlis sama, Johnny Pang turut menyampaikan sumbangan limau mandarin kepada barisan guru sebagai simbol penghargaan serta ucapan kesejahteraan dan kemakmuran sempena TBC.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur yang juga Timbalan Ketua Belia Persatuan Foochow Bintulu, Nelson Ngo berkata, program tersebut kini memasuki tahun ke-11 pelaksanaannya dan akan diteruskan sebagai komitmen persatuan terhadap kebajikan dan pendidikan masyarakat.

Menurut beliau, murid yang menerima sumbangan tahun ini terdiri daripada pelajar SJK Chung Hua, SJK Chung Hua No.2, SJK Sebiew, SK Kai Ming dan SJKC Siong Boon.

Ngo turut merakamkan penghargaan kepada semua penderma serta ahli jawatankuasa penganjur atas sokongan berterusan, selain menghargai keprihatinan wakil rakyat terhadap kebajikan pelajar di Bintulu.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: 60 pegawai APMM sertai program keselamatan kebakaran
Next: Insiden tumpahan bahan kimia di Jalan Kidurong terkawal, tiada mangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.