
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga 9.00 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Sarawak melibatkan Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Beluru dan Telang Usan) serta Limbang.
Amaran itu turut membabitkan Sabah meliputi kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran).- Bernama