Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Victoria Beckham terima anugerah kebudayaan Perancis
  • HIBURAN

Victoria Beckham terima anugerah kebudayaan Perancis

Utusan Sarawak 7 hours ago
PEREKA fesyen British, Victoria Beckham meninggalkan majlis bersama suaminya, David Beckham selepas dianugerahkan gelaran Kesatria Order of Arts and Letters dalam satu upacara di Kementerian Kebudayaan, Paris, pada 26 Januari 2026. Foto AFP

PARIS: Victoria Beckham cuba menjauhkan diri daripada ketegangan konflik keluarga dengan berkunjung ke Paris bagi menerima anugerah daripada Kementerian Kebudayaan Perancis atas sumbangannya dalam industri fesyen dan hiburan.

Bekas anggota kumpulan Spice Girls itu, selepas hujung minggu meraikan ulang tahun ke-50 rakan sekumpulannya ‘Baby Spice,’ Emma Bunton, berangkat ke ibu negara Perancis bersama suaminya, David Beckham, serta anak-anak mereka kecuali Brooklyn untuk dianugerahkan gelaran Pegawai Order of Arts and Letters.

Majlis penganugerahan yang berlangsung di Kementerian Kebudayaan itu diadakan secara tertutup bagi mengelakkan kehadiran wartawan dan orang ramai, susulan dakwaan sensasi yang dibuat oleh anak sulung mereka, Brooklyn Beckham, minggu lalu.

PENYANYI British, Cruz Beckham bersama teman wanitanya, Jackie Apostel meninggalkan Kementerian Kebudayaan selepas menghadiri majlis ibunya, pereka fesyen Inggeris Victoria Beckham, dianugerahkan gelaran Kesatria Order of Arts and Letters di Paris. Foto AFP

Menteri Kebudayaan Perancis, Rachida Dati, memuji Beckham sebagai “ikon global yang mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati rakyat Perancis”.

Menurut salinan ucapan yang dihantar kepada AFP, Dati turut menyanjung pendekatan Beckham dalam rekaan pakaian yang disifatkannya sebagai “teliti dan hampir bersifat seni bina”.

Selepas memulakan pertunjukan fesyen di London dan New York, Beckham mula mempersembahkan koleksi baharu jenamanya di Paris sejak 2022.

“Melalui perjalanan hidup, karya dan komitmen anda, anda telah menjalin hubungan yang mendalam, tulus dan berkekalan dengan Perancis,” kata Dati kepada penyanyi yang kini bergelar pereka fesyen itu, berusia 51 tahun.

Brooklyn Beckham sebelum ini meruncingkan lagi hubungan dengan ibu bapanya selepas menulis di media sosial minggu lalu bahawa mereka cuba “merosakkan” hubungannya dengan isterinya.

Dalam satu hantaran peribadi yang mengesahkan perpecahan yang telah lama diperkatakan, Brooklyn mendakwa Victoria Beckham telah “merampas” tarian pertamanya pada hari perkahwinannya dan menari “secara tidak wajar” dengannya.

Rakaman video majlis itu yang diterbitkan oleh majalah Paris Match menunjukkan David Beckham dan ahli keluarganya yang lain menyaksikan majlis berkenaan sambil bertepuk tangan, bersama tokoh industri fesyen Perancis, Antoine Arnault dan Francois-Henri Pinault.

Order of Arts and Letters dianugerahkan kepada tokoh yang dianggap menyumbang kepada kehidupan budaya Perancis dan berbeza daripada anugerah yang lebih berprestij, Legion of Honour (Légion d’honneur), iaitu anugerah tertinggi negara itu.

Presiden Emmanuel Macron menganugerahkan Legion of Honour kepada pereka Louis Vuitton dan penyanyi rap, Pharrell Williams, pada Jumaat lalu pada satu majlis tertutup yang turut dihadiri oleh penyanyi rap Amerika Syarikat, Pusha T dan Future.

Bekas kapten England, David Beckham, menerima gelaran kesatria daripada Raja Charles III pada November lalu, yang disifatkannya sebagai “detik paling membanggakan” dalam hidupnya. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Hiasi papan iklan Times Square New York, MimiFly mahu terus martabat bahasa Melayu
Next: “Papa Zola The Movie”  raih lebih empat juta penonton Asia Tenggara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.