Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Peniagawati Chapter Sarawak rasmi dilancarkan sebagai platform utama bagi usahawan wanita Bumiputera Sarawak
  • BISNES

Peniagawati Chapter Sarawak rasmi dilancarkan sebagai platform utama bagi usahawan wanita Bumiputera Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
RAKAM KENANGAN… Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim merakam kenangan bersama Dato’ Emmy Suraya Hussein, Sharifah Azizah Sayeed Aman Ghazali, Nida Hamid dan yang lain pada Majlis Minum Petang Diraja sempena Ulang Tahun ke-45 Peniagawati baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Peniagawati Chapter Sarawak kini secara rasmi dilancarkan bersempena sambutan ulang tahun ke-45 penubuhan Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Peniagawati) melalui Majlis Minum Petang Diraja yang berlangsung di Diamond Ballroom, Hotel Equatorial di sini baru-baru ini.

Majlis yang penuh istiadat ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

KETIBAAN… Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat tiba ke Majlis Minum Petang Diraja sempena Ulang Tahun ke-45 Peniagawati baru-baru ini.

Turut mengiringi keberangkatan baginda ialah Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin Raja Abdullah.

Kehadiran tetamu diraja ini menjadi simbolik penghormatan tertinggi kepada seluruh usahawan wanita di bawah naungan Peniagawati, yang kini muncul sebagai platform usahawan wanita tertua dan paling kredibel di Malaysia.

Sejurus keberangkatan tiba, Duli-Duli Tuanku berkenan melawat ruang pameran dan galeri khas Peniagawati yang memaparkan garis masa kejayaan persatuan sepanjang 45 tahun.

Majlis diteruskan dengan pelancaran rasmi Chapter-Chapter Peniagawati, satu inisiatif strategik bagi memperluaskan sokongan organisasi ke peringkat negeri dan wilayah, khususnya untuk membantu usahawan wanita di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

PERSEMBAHAN istimewa Puteri Sarawak oleh alunan piano Sharnaz Saberi dan nyanyian Dayangku Norhasiba Awang Tambi.

“Peniagawati bukan sekadar persatuan, ia adalah wadah keramat bagi wanita yang komited mencorak ekonomi negara.

“Menerusi pelancaran Chapter-Chapter ini, kami melangkah ke fasa baharu sebagai organisasi yang lebih inklusif, memastikan tiada usahawan wanita yang ketinggalan dalam mendepani era ekonomi digital dan Kecerdasan Buatan (AI),” jelas Presiden Peniagawati, Dato’ Emmy Suraya Hussein.

Beliau turut berkongsi kejayaan misi dagang antarabangsa ke Asia Barat dan negara jiran yang menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MoU).

Usaha ini membolehkan produk ahli Peniagawati menembusi pasaran pasar raya antarabangsa, sekali gus mengangkat kredibiliti jenama usahawan wanita Malaysia di persada dunia.

BIRO Peniagawati Chapter Sarawak.

Beliau juga menekankan kepentingan keseimbangan antara keuntungan perniagaan dan tanggungjawab sosial melalui inisiatif seperti Tabung Rahmah.

Majlis yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden II Peniagawati, Nida Hamid, turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik.

Antaranya penyampaian Anugerah Peniagawati bagi menghargai kecemerlangan para usahawan yang telah disempurnakan oleh Presiden Peniagawati, Emmy Suraya Hussein.

Turut menjadi tumpuan ialah persembahan kebudayaan khas daripada Peniagawati Chapter Sarawak, diketuai Setiausaha Kehormat Sharifah Azizah Sayeed Aman Ghazali.

Persembahan itu menampilkan alunan piano oleh Sharnaz Saberi dan nyanyian Dayangku Norhasiba Awang Tambi, membuka tirai menerusi lagu Puteri Sarawak sambil menonjolkan busana serta Sulaman Keringkam ciptaan Danny Zulkifli.

Peniagawati Chapter Sarawak kini menjadi platform utama bagi usahawan wanita Bumiputera Sarawak untuk memperkasakan perniagaan, memperkukuhkan kepimpinan, dan membuka potensi ekonomi sepenuhnya.

Ditubuhkan sejak 45 tahun lalu, Peniagawati terus komited menjadi suara utama usahawan wanita Bumiputera dengan fokus kepada pembangunan kapasiti, rangkaian strategik, dan transformasi digital, seterusnya memainkan peranan kritikal dalam memperkasakan ekonomi wanita di Malaysia.

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka 0.63 peratus lebih tinggi, catat paras tertinggi baharu sejak Jun 2018
Next: Ringgit capai paras tertinggi baharu 3.9540 berbanding dolar AS, terus catat aliran meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.