Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Mohd Kurniawan Naim angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat
  • NASIONAL

Mohd Kurniawan Naim angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat

Utusan Sarawak 10 hours ago
AHLI Parlimen Kinabatangan yang baharu, Mohd Kurniawan Naim Moktar mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul sebelum sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan yang baharu, Mohd Kurniawan Naim Moktar mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul sebelum sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri.

Mohd Kurniawan Naim mengangkat sumpah selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan pada Sabtu lepas dengan majoriti besar 14,214 undi dalam persaingan tiga penjuru.

Beliau menewaskan Datuk Saddi Abdul Rahman daripada Warisan yang memperoleh 5,638 undi manakala calon Bebas Goldam Hamid mendapat 946 undi.

AHLI Parlimen Kinabatangan yang baharu, Mohd Kurniawan Naim Moktar menandatangani watikah pelantikan sebagai Ahli Dewan Rakyat selepas mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul di Parlimen hari ini. foto BERNAMA

PRK Parlimen Kinabatangan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, yang juga bapa kepada Mohd Kurniawan Naim, pada 5 Disember tahun lepas.

Johari dalam ucapan pemasyuran selepas majlis angkat sumpah itu berharap Mohd Kurniawan Naim dapat memberi khidmat terbaik buat penduduk di kawasannya, selain memainkan peranan yang berkesan di Dewan Rakyat buat kebaikan rakyat dan negara.

“Saya berharap Yang Berhormat dapat meneruskan legasi dan jasa Allahyarham ayahanda dengan beri sumbangan yang bermakna, semoga berkhidmat dengan cemerlang dan dedikasi,” katanya.

Mohd Kurniawan Naim turut mengajukan soalan pertama beliau di Dewan Rakyat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri mengenai potensi kemasukan pelaburan ke kawasan luar bandar termasuk di Parlimen Kinabatangan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Laluan hijau tingkat kecekapan ketibaan penumpang di KLIA 1 – Loke
Next: MOT teliti wajibkan pemandu ada rekod kesalahan ikuti kursus pemanduan defensif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.