Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Persatuan Tarik Tali Sarawak bakal anjur tiga kejohanan besar tahun ini
  • SUKAN

Persatuan Tarik Tali Sarawak bakal anjur tiga kejohanan besar tahun ini

Utusan Sarawak 8 hours ago
BARISAN MANTAP… (empat dari kiri depan) Presiden PTTS, Steve Lius bersama ahli jawatankuasa induk PTTS.

LAWAS: Persatuan Tarik Tali Sarawak (PTTS) merancang untuk mengadakan tiga kejohanan besar sukan tarik tali di Sarawak.

Presiden PTTS, Steve Lius, memberitahu bahawa kejohanan ini adalah antara usaha untuk menyokong Tahun Melawat Sarawak (TMS) 2026.

“Kita akan mengadakan tiga kejohanan besar iaitu Kejohanan Tarik Tali Piala Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Lawas.

“Ini akan diikuti dengan Kejohanan Piala Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Sarikei atau Betong, dan kemuncaknya Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa Piala Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kuching,” katanya.

BERKONGSI PANDANGAN… (ketiga dari kiri depan) Timbalan Presiden PTTS, Mohd Nazmi Tengah yang baru terpilih berkongsi idea untuk pembangunan sukan tarik tali di Sarawak.

Beliau berkata demikain ketika ditemui Utusan Sarawak selepas Mesyuarat Agung Tri Tahunan PTTS di sebuah hotel di sini, semalam.

Terdahulu, Steve telah terpilih semula sebulat suara untuk menerajui PTTS, dibantu Mohd Nazmi Tengah sebagai Timbalan Presiden, serta beberapa muka lama yang turut dikekalkan.

Pada masa yang sama, Steve memaklumkan bahawa PTTS sentiasa menyokong usaha penganjuran sukan tradisi ini di seluruh daerah di Sarawak. Beliau mahu lebih ramai belia menyertai acara sukan tarik tali bagi melahirkan atlet bertaraf antarabangsa.

Setakat ini, Sarawak merupakan antara negeri yang memiliki pasukan tarik tali terbaik di negara ini.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Isu atlet rentas negeri menjelang SUKMA diselesaikan secara adil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.