Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemantauan tanah mendap di Kampung Pangliman Seman Ulu, tiada risiko runtuhan
  • Selatan
  • WILAYAH

Pemantauan tanah mendap di Kampung Pangliman Seman Ulu, tiada risiko runtuhan

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEADAAN mendapan tanah di kawasan sebuah kediaman di Kampung Pangliman Seman Ulu, yang dipantau oleh anggota JBPM dan BBP Petra Jaya bagi memastikan tiada risiko tanah susur atau tanah runtuh. Foto JBPM

PETRA JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melalui Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya menjalankan pemantauan tanah susur di sebuah kediaman di Kampung Pangliman Seman Ulu, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan JPBM, panggilan kecemasan diterima pada 10.40 pagi melibatkan laporan mendapan tanah di kampung berkenaan.

Susulan itu, sebuah jentera EMRS BMY4294 bersama dua anggota, PBK II Mohamad Noor Faizal Marzuki dan PBK II Mohamad Saifulnizam Deris, digerakkan ke lokasi bagi menjalankan penilaian awal dan pemantauan rapi.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku mendapan tanah di kawasan rumah pelapor, namun tiada sebarang tanda tanah susur atau tanah runtuh dikesan,” menurut kenyataan itu.

Operasi turut dipantau oleh petugas bilik kawalan, PBK II Mohd Suhaimy Abdullah dan PB Muhd. Luqmanul Hakim Jasni. Tiada pegawai kanan atau agensi lain terlibat dalam operasi berkenaan.

Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat dan tidak membahayakan penghuni, pasukan bomba menamatkan operasi dan bertolak balik ke balai. Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Continue Reading

Previous: Persekutuan Persatuan Cina anjur Malam Gala Tahun Baharu Cina dan Apresiasi Media 1 Mac depan
Next: Stok darah Hospital Miri rendah, orang ramai digesa tampil menderma

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.