Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Angka korban tanah runtuh Bandung Barat meningkat kepada 16 orang
  • KEMALANGAN

Angka korban tanah runtuh Bandung Barat meningkat kepada 16 orang

Utusan Sarawak 4 hours ago
PASUKAN penyelamat menemui mayat seorang mangsa tanah runtuh di Kampung Pasirlangu, Bandung, Jawa Barat hari ini, selepas bencana itu mengorbankan 16 orang dan menyebabkan kira-kira 80 orang masih hilang. Foto AFP

JAKARTA: Angka korban akibat kejadian tanah runtuh di Bandung Barat, Jawa Barat meningkat kepada 16 orang, dengan sembilan mangsa berjaya dikenal pasti setakat ini.

Ketua Perhubungan Awam Polis Jawa Barat, Hendra Rochmawan berkata sehingga pukul 12 tengah hari waktu tempatan hari ini, empat lagi mayat ditemukan, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dibawa ke pos koordinasi Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) seramai 16 orang.

“Daripada jumlah yang ditemukan, sembilan telah dikenal pasti dan diserahkan kepada keluarga masing-masing semalam,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita ANTARA pada Ahad.

Kejadian tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat itu melanda Kampung Pasirlangu kira-kira pukul 2.30 pagi Sabtu, sehingga menimbus beberapa kawasan perumahan.

Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka melawat lokasi kejadian pada pagi Ahad dengan diiringi Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Suharyanto dan Ketua Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), Mohammad Syafii.

Suharyanto dalam satu kenyataan berkata berdasarkan data awal, seramai 232 penduduk yang dipindahkan kini berada di pusat perlindungan sementara.

Pihak berkuasa telah menyediakan tiga skim untuk penduduk yang terjejas, termasuk pusat perlindungan sementara, Dana Tunggu Hunian (DTH) dan penempatan semula ke kawasan yang lebih selamat, katanya.

“Komuniti yang tidak terjejas secara langsung tetapi berada di lokasi yang berisiko turut akan diambil tindakan susulan. Walaupun mereka tidak terkesan oleh tanah runtuh kali ini, mereka tetap perlu dipindahkan,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Syafii berkata lebih 250 anggota yang dilengkapi peralatan khas telah dikerahkan bagi mempercepatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

-Bernama  

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh: Pasukan SAR teruskan pencarian 80 mangsa dikhuatiri hilang di Bandung Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.