Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • URDA perkasa pembangunan sosioekonomi bantu tingkatkan pendapatan rakyat Song
  • WILAYAH

URDA perkasa pembangunan sosioekonomi bantu tingkatkan pendapatan rakyat Song

Utusan Sarawak 7 hours ago
MANFAATKAN SEBAIKNYA… Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi merakam kenangan bersama para penerima peralatan perikanan di bawah URDA pada majlis perasmian Dewan Kebiau di Kampung Kebiau Jalan Takan Song, hari ini.

SONG: Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) terus komited memperkukuhkan pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar di sini menerusi pelaksanaan pelbagai program berimpak tinggi.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, antara program yang dilaksanakan sempena perasmian Dewan Kebiau di Kampung Kebiau, Jalan Takan Song ialah penyerahan bantuan peralatan perikanan di bawah URDA.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pembangunan Industri dan Keusahawanan URDA, Lidam Asaan telah menyerahkan bantuan kepada sembilan penerima melibatkan peralatan seperti bot, pukat dan enjin sangkut.

“Program ini melibatkan peruntukan sebanyak RM135,000 dan bertujuan membolehkan penerima menjalankan aktiviti sebagai nelayan sungai sekali gus meningkatkan pendapatan isi rumah mereka,” katanya pada majlis perasmian Dewan Kebiau di Kampung Kebiau, Jalan Takan, di sini, hari ini.

UNTUK RAKYAT… Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyempurnakan majlis perasmian Dewan Kebiau di Kampung Kebiau Jalan Takan Song, hari ini.

Ahli Parlimen Kapit itu berkata, URDA telah diumumkan penubuhannya pada 2017 oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan mula beroperasi secara rasmi pada 2018, dengan bangunan pejabat URDA di Kapit kini siap sepenuhnya.

“Walaupun belum mencapai tempoh 10 tahun penubuhannya, pelbagai program pembangunan telah berjaya dilaksanakan oleh URDA seiring dengan agensi pembangunan lain seperti Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA),” ujarnya.

Katanya, URDA telah diperuntukkan dana sebanyak RM1.5 bilion untuk dibelanjakan dalam tempoh empat hingga lima tahun bagi melaksanakan projek pembangunan di kawasannya.

“Sebahagian besar peruntukan tersebut telah dibelanjakan manakala selebihnya masih dalam pelaksanaan, khususnya melibatkan projek infrastruktur awam seperti pembinaan jalan raya dan jambatan,” kata beliau.

Nanta berkata, pada peringkat awal fokus URDA adalah kepada pembangunan prasarana asas, khususnya jalan perhubungan ke kawasan kampung yang sebelum ini tidak mempunyai akses jalan.

“Walaupun masih terdapat beberapa projek yang belum siap sepenuhnya berikutan isu kontraktor, secara keseluruhan pelaksanaan pembangunan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan,” ujarnya.

Katanya lagi, URDA turut melaksanakan pelbagai program sosioekonomi berskala kecil melibatkan sektor nelayan sungai, pertanian, penternakan burung walet, pengusahaan madu kelulut dan lain-lain.

“Hasil awal menunjukkan keberkesanan yang positif dan justeru skop serta liputan program ini akan diperluaskan.

“Selain itu, URDA juga berhasrat mengaplikasikan sains dan teknologi dalam pelaksanaan program sosioekonomi melalui kerjasama dengan institusi pengajian tinggi, selain merancang lawatan kerja ke China pada 2026 bagi meninjau dan mempelajari amalan terbaik yang boleh dicontohi,” ujar beliau.

BERSAMA RAKYAT… Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi merakam kenangan bersama semua tetamu pada majlis perasmian Dewan Kebiau di Kampung Kebiau Jalan Takan Song, hari ini.

Mengulas lanjut tentang Dewan Kebiau, Nanta berkata, ia merupakan dewan serbaguna yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti termasuk sukan, perhimpunan masyarakat, sambutan perayaan serta penganjuran program kebudayaan.

Beliau turut mencadangkan agar dewan tersebut dimanfaatkan sebagai tapak tamu bagi membantu masyarakat tempatan memasarkan hasil pertanian, sekali gus meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah'

Continue Reading

Previous: 32 pelajar Tabuan terima sumbangan, semarak semangat gotong-royong dalam pendidikan
Next: Henry Sum puji kepimpinan turun padang Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.