Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SPA sasar 30,000 lantikan penjawat awam tahun ini
  • SEMASA

SPA sasar 30,000 lantikan penjawat awam tahun ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUANTAN: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menyasarkan lantikan 30,000 penjawat awam tahun ini berbanding 25,000 lantikan pada 2025. 

Pengerusi SPA Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata sasaran itu selari dengan keperluan penggantian pegawai bersara dan usaha berterusan kerajaan memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

Beliau berkata meskipun permohonan bagi perkhidmatan awam mencatatkan penurunan kira-kira 200,000 pada tahun lepas berbanding 2024, Ahmad Jailani optimis jumlah itu kembali meningkat pada 2026 dan 2027.

“Jumlah permohonan kepada SPA merekodkan sekitar 1.2 juta pada 2024 manakala tahun lepas menurun kepada satu juta. Namun, kami menjangkakan jumlah itu dapat dikekalkan semula pada paras lebih satu juta pada tahun ini,” katanya. 

Ahmad Jailani berkata demikian kepada pemberita pada program Kembara Kerjaya MADANI SPA Kuantan hari ini. 

Beliau berkata penurunan permohonan bagi perkhidmatan awam itu disebabkan pelaksanaan syarat kelayakan baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang menetapkan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“(Syarat) SPM ke atas mengurangkan bilangan permohonan bagi mereka yang hanya memiliki Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kurang daripadanya,” katanya. 

Mengenai Kembara Kerjaya MADANI SPA Kuantan, beliau berkata program itu diadakan di Pahang buat kali pertama dan sebahagian daripada usaha berterusan SPA mendekati golongan belia serta pencari kerja.

“Program ini diwujudkan bagi memastikan belia mendapat pendedahan dan maklumat tepat mengenai peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam pada peringkat persekutuan mahupun negeri,” katanya. 

Ahmad Jailani berkata program turut melibatkan temu duga terbuka bagi kategori Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli dan jawatan jururawat dengan kehadiran hari ini dijangka mencecah 1,500 peserta.  

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: BN pertahan kerusi Parlimen Kinabatangan, Naim Moktar menang dengan majoriti besar
Next: Tiga pasangan pengantin Orang Asli teruja diraikan di majlis perkahwinan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.