Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Wanita rugi RM91,000 akibat pelaburan tidak wujud di Kuching
  • JENAYAH

Wanita rugi RM91,000 akibat pelaburan tidak wujud di Kuching

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan

KUCHING: Seorang wanita tempatan berusia 35 tahun mengalami kerugian RM91,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata berdasarkan laporan pada 11 Januari lepas, mangsa telah ditawarkan satu pelaburan MGM melalui aplikasi Telegram oleh individu tidak dikenali yang menjanjikan keuntungan lumayan.

“Mangsa yang berminat dengan tawaran tersebut kemudiannya diarahkan membuat pindahan wang ke akaun diberikan. Seterusnya, mangsa telah membuat lima transaksi pembayaran ke dalam lima akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM91,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Alexson berkata mangsa menyedari dirinya tertipu apabila gagal mengeluarkan wang pelaburan itu berserta keuntungan dijanjikan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: 178 kenderaan diperiksa dalam Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan JPJ Serian
Next: Seleweng dana pelaburan RM300 juta: SPRM sita aset bernilai RM9.7 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.