Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga maut, 12 cedera akibat salji tebal di Jepun
  • GLOBAL

Tiga maut, 12 cedera akibat salji tebal di Jepun

Utusan Sarawak 8 hours ago
CUACA ekstrem dan salji tebal ragut tiga nyawa di Jepun. Foto Agensi

TOKYO: Salji tebal yang melanda terutamanya kawasan pesisir Laut Jepun sejak Selasa mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan 12 yang lain, lapor Jiji Press.

Menurut data yang dikumpulkan oleh Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana setakat pagi Jumaat, seorang maut masing-masing di bandar Uonuma, Nagaoka dan Sado di wilayah Niigata, tengah Jepun.

Kecederaan dilaporkan di beberapa wilayah termasuk Aomori di timur laut Jepun dan Kyoto di barat Jepun. Daripada jumlah itu, lima orang cedera parah manakala tujuh lagi mengalami kecederaan ringan.

Daripada tiga kematian, mangsa di Uonuma, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an, meninggal dunia selepas dipercayai mengalami penyakit akut ketika membersihkan salji dari bumbung rumahnya, menurut kerajaan wilayah Niigata.

Dua lagi mangsa, seorang lelaki berusia 70-an di Nagaoka dan seorang lelaki berusia 50-an di Sado, meninggal dunia ketika membersihkan salji. – Bernama-Jiji Press

Continue Reading

Previous: Kapal kargo terbalik di Scarborough, 13 kru Filipina diselamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.