Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pukul guna helmet, pemuda didakwa sebabkan kematian di Sibu
  • MAHKAMAH

Pukul guna helmet, pemuda didakwa sebabkan kematian di Sibu

Utusan Sarawak 5 hours ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memukul kepala seorang lelaki warganegara Indonesia menggunakan helmet sehingga menyebabkan kematiannya, pada 15 Januari lalu.

Tiada pengakuan daripada tertuduh Mohammad Shahniezan Sahriel, 28, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Kanan, Jessica Lee Suk Kiun. 

Mahkamah menetapkan 2 Febuari ini untuk sebutan semula kes dan tertuduh dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin tempatan.

Berdasarkan pertuduhan, Shahniezan didakwa menyebabkan kematian seorang lelaki warganegara Indonesia dengan melakukan tindakan cuai atau terburu-buru yang mungkin menyebabkan kematian, tetapi tanpa niat untuk membunuh dengan memukul kepala mangsa menggunakan helmet.

Tertuduh dituduh melakukan kesalahan itu pada 15 Januari 2026, kira-kira 6.30 pagi di sebuah bilik hotel di Jalan Wong Nai Siong, satu kesalahan yang dihukum mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit dengan kesalahan. 

Pada 16 Januari lepas, tertuduh bersama dua lagi rakannya telah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berikutan satu kes pergaduhan yang berlaku di sebuah hotel di sini sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki warga asing.

Dua lagi suspek dibebaskan dan dijadikan saksi pihak pendakwa setelah tahanan reman mereka tamat hari ini.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Mahkamah Tinggi kekalkan hukuman penjara, sebat terhadap  Da’i Syed
Next: Inkues Zara Qairina: Malam 15 Julai ‘tegang’ dan ‘menakutkan’ – Saksi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.