Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pemandu treler selamat, kemalangan kendiri di Limbang
  • KEMALANGAN

Pemandu treler selamat, kemalangan kendiri di Limbang

Utusan Sarawak 6 hours ago
BERTINDAK PANTAS… Anggota bomba dilihat sedang berusaha menyelamatkan pemandu treler yang tersepit di Jalan Kampung Tabahan, Limbang, hari ini. Foto BBP Limbang

LIMBANG: Pemandu treler gagal mengawal lori treler yang dipandu hingga terbalik di Jalan Kampung Tabahan, di sini, hari ini.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Ramlan Marajan berkata sebaik menerima laporan kecemasan berhubung insiden itu 1.02 petang, sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi  jauhnya 10 kilometer (km) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang.

Beliau berkata setiba pasukan keluaran di lokasi, pemantauan dilakukan dan mendapati kemalangan kendiri melibatkan lori treler yang terbalik.

SELAMAT… Pemandu treler dibawa ke hospital Limbang untuk rawatan lanjut dengan ambulans KKM. Foto BBP Limbang

“Terdapat seorang mangsa dalam lori tersebut dalam keadaan mangsa tersepit, sedar dan cedera dibahagian tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan operasi bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit tadi dengan melakukan regangan menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.

Oleh Adeng Edrus

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kotak hitam dipercayai milik pesawat IAT yang terlibat dalam nahas dijumpai
Next: 10 tentera India maut dalam kemalangan di Kashmir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.