
DAVOS/PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron dipersendakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu kerana memakai cermin mata hitam di Forum Ekonomi Dunia (WEF), lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Bagaimanapun, banyak akhbar memaparkan foto Macron mengenakan kaca mata hitam ‘aviator’ yang dipakainya kerana jangkitan mata pada muka depan.
Pengeluar cermin mata hitam mewah Perancis itu dibanjiri pertanyaan dan kedai dalam talian jenama Henry Jullien ditutup sementara kerana lonjakan permintaan.
“Rakan dan pelanggan kami telah mula bertanya kepada kami sama ada ini cermin mata kami, yang membuatkan kami sangat bangga,” Stefano Fulchir, ketua iVision Tech, syarikat induk Itali bagi jenama cermin mata itu memberitahu penyiar RTL.
Ratusan e-mel dan pertanyaan telah diterima, katanya.
“Secara purata, kami menghasilkan 100 model Pasifik ini setiap tahun, tetapi memandangkan perhatian yang diterima, kami mungkin perlu menghasilkan 1,000 model tahun ini,” kata Fulchir.
Di Instagram, jenama Henry Jullien sudah pun mengiklankan model cermin mata hitam itu, berharga (AS$770), dengan gambar Macron memakai cermin mata di Davos.
Trump menyebut “cermin mata hitam yang cantik” dalam ucapannya di Davos, merujuk pada penampilan Macron yang memakai cermin mata itu pada hari sebelumnya.- Bernama-dpa