Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kemudahan Taman Awam Bekenu rosak, undang risiko dan tindakan segera diperlukan
  • Utara
  • WILAYAH

Kemudahan Taman Awam Bekenu rosak, undang risiko dan tindakan segera diperlukan

Utusan Sarawak 6 hours ago
TAMAN Awam Bekenu.

BEKENU: Pihak berkuasa tempatan digesa mengambil tindakan segera susulan kerosakan beberapa kemudahan di Taman Awam Bekenu yang berpotensi menjejaskan keselamatan pengunjung, khususnya kanak-kanak.

Utusan Sarawak melakukan tinjauan di taman berkenaan hari ini, susulan insiden terbaharu di Taman Awam Miri baru-baru ini yang mana papan laluan dirosakkan sehingga mengundang kecederaan kepada orang awam.

ROSAK… Beberapa kerosakan kemudahan di Taman Awam Bekenu yang berpotensi menjejaskan keselamatan pengunjung, khususnya kanak-kanak.

Hasil pemerhatian mendapati beberapa peralatan permainan berada dalam keadaan rosak, sekali gus boleh menyebabkan kecederaan sekiranya terus digunakan tanpa pembaikan.

Orang awam yang beriadah bersama keluarga, terutama pada waktu petang, dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan mengawasi pergerakan kanak-kanak ketika berada di kawasan taman permainan tersebut.

ROSAK… Beberapa kerosakan kemudahan di Taman Awam Bekenu yang berpotensi menjejaskan keselamatan pengunjung, khususnya kanak-kanak.

Papan tanda yang dipasang oleh Majlis Daerah Subis (MDS) turut memaklumkan bahawa taman permainan itu hanya dikhaskan untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, manakala kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah diwajibkan berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.

Dalam pada itu, orang ramai diingatkan supaya mematuhi semua peraturan yang ditetapkan serta tidak menyalahgunakan kemudahan awam sehingga menyebabkan kerosakan.

ROSAK… Beberapa kerosakan kemudahan di Taman Awam Bekenu yang berpotensi menjejaskan keselamatan pengunjung, khususnya kanak-kanak.

Orang awam juga digalakkan menyalurkan aduan dengan segera sekiranya mengesan sebarang kerosakan bagi memastikan keselamatan pengguna serta kelestarian kemudahan awam di Pekan Bekenu terus terpelihara.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan disaran mengambil langkah segera termasuk menanda kawasan berbahaya, menutup sementara kemudahan yang rosak serta menjadualkan kerja pembaikan dan penyelenggaraan demi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JKM Bintulu kesan ibu kandung atau waris kanak-kanak ditinggalkan sejak 2013
Next: 82 saman dikeluarkan semasa Op Pandu Laju di Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.