Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Nisbah seorang anggota polis jaga 304 penduduk di Parlimen Igan
  • NASIONAL

Nisbah seorang anggota polis jaga 304 penduduk di Parlimen Igan

Utusan Sarawak 16 hours ago
AHMAD Johnie (kiri) meminta Menteri Dalam Negeri apakah kementerian mempunyai perancangan untuk menambah jumlah anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Matu – Daro memandangkan nisbah anggota yang tidak mencukupi berbanding jumlah penduduk yang semakin meningkat bagi memastikan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang dapat dilaksanakan dengan berkesan.

KUALA LUMPUR: Nisbah kepolisian bagi kawasan Parlimen Igan ialah seorang anggota polis bertanggungjawab menjaga 304 orang penduduk (1:304).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ini berdasarkan jumlah penduduk seramai 27,388 sehingga 31 Oktober 2025, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan.

“Pada masa kini, perjawatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Matu-Daro adalah seramai 90 pegawai dan anggota terdiri daripada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis pelbagai pangkat dan gred serta
19 Pegawai Awam.

“Secara amnya, nisbah ini (1:304) tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh polis antarabangsa di mana seorang anggota polis perlu menjaga 250 orang penduduk (1:250).

“Namun begitu, piawaian yang ditetapkan oleh polis antarabangsa ini bukanlah ketetapan yang mutlak.

“Sungguhpun demikian, ia boleh dijadikan sebagai garis panduan atau penanda aras dalam membuat perancangan terhadap keperluan penambahan kekuatan polis sejajar dengan pertambahan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Johnie menyuarakan keperluan untuk menambah jumlah anggota polis di IPD Matu-Daro.

Saifuddin bagaimanapun berkata kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan untuk meningkatkan kekuatan anggota PDRM berdasarkan bilangan penduduk, pembangunan setempat dan isu serta cabaran sesuatu kawasan.

Dalam hubungan ini, katanya, PDRM sedang melaksanakan kajian pengoptimuman perjawatan secara menyeluruh yang melibatkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah termasuk semua balai polis seluruh Malaysia demi memastikan penggunaan sumber manusia yang optimum.

“Menerusi kajian ini, keperluan sebenar setiap balai dan pejabat PDRM akan dikenal pasti dan diberi keutamaan untuk pertambahan perjawatan pada masa akan datang.

“Permohonan pengukuhan dan pertambahan perjawatan di balai-balai polis dikemukakan kepada Agensi Pusat secara berperingkat berdasarkan keutamaan yang telah ditetapkan,” katanya.

Selain itu, katanya, IPD Matu-Daro turut menyelia dua balai iaitu Balai Polis Matu (18 perjawatan) dan Balai Polis Daro (19 perjawatan).

Continue Reading

Previous: Enam tahun masuk tahun satu: Ibu bapa jangan panik
Next: Kenaikan gaji SSPA Fasa Kedua bermula hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.